Posts

Showing posts from June, 2013

masjid naza shah alam

Image
Dalam perjalanan balik dari giant shah alam, ternampak ramai orang di perkarangan masjid baru seksyen 13 shah alam.  Terus singgah...rupanya masjid dah siap sepenuhnya dan kebetulan ada majlis tahlil dan bacaan yaasin....masjid nih dibina oleh company NAZA..alhamdulillah... Besar pahalanya mendirikan masjid nih..saya ada terbaca di website JAKIM ...dari Muhammad Bin Labid r.a katanya: Ketika Usman Bin Affan bermaksud hendak merombak masjid (Madinah), orang ramai tidak setuju..mereka lebih suka membiarkannya..Maka berkata Usman bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda " sesiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, maka Allah akan membuatkan untuknya rumah seperti itu di syurga..." Masyaallah.....melihat masjid ini sahaja sudah membuatkan hati me rasa sangat teruja, apatah lagi kalau berpeluang mendirikan masjid...masyallah.. ..moga-moga masjid ini akan sentiasa diimarahkan..insyaallah.. seorang budak yang tersangat teruja dapat masuk masjid baru.. kalau biar...

satu malam di wafa homestay..

Image
Dah lama rasanya tak pergi bercuti....saya cadang nak pergi Cameron Highland pada 22 Jun..tapi bila   call Equatorial Hotel fully booked pulak...jadinya tukar tarikh  ke 29 Jun 2013 ...tapi tetiba hari jumaat 21 Jun tu dah rasa nak pergi sangat-sangat ..jadi try cari hotel lain..semuanya penuh..sudahnya cari homestay..try call Marina Chalet di Kg Sedia, lama menunggu tak berangkat pula...akhirnya terjumpa Wafa Homestay..tengok blog macam okay je..so bookinglah untuk 1 malam..rm250.. Setiba di sana, saya terus call pn. hawa yang menguruskan homestay tersebut..tunggu di depan maybank dan terus dibawanya ke homestay di Carnation Park. Saya mula rasa ragu-ragu bila sampai di blok berkenaan..husband pun nampak sama...namun sama-sama tidak berkata apa-apa...kami di bawa ke tingkat 2 blok berkenaan..mmm..yang saya tengok iklan kat blog tu tingkat 1..apasal plak jadi tingkat 2 nih...apa yang boleh saya katakan ialah..biliknya ok tapi kawasan sekitarnya tak ok..memandangkan kawasan i...

kebun kecil saya...part 2..tanam rumput..

Image
Mula-mula nak kena tanam rumput dulu...biar nampak hijauuuu..baru sedap mata memandang...citer pasal rumput nih saya pergi cari sampai ke sungai buluh..dah la kuar rumah dah pukul 6 ptg, jalan ke arah sana pula banyak betul trafik light...silap pulak sebab saya tak masuk hiway guthrie awal-awal tadi..sampai ke tapak semaian berdekatan trafik light RRIM dah hampir pukul 6.40 ptg..terus saya masuk dan mata melilau cari rumput..bangla/nepal jugakkk yang keja di sana...mulanya saya plan nak cari cowgrass je..tapi yang ada kat nursery tu rumput jepun je....bolehla..saya kena beli jugakkk..kalau tak beli, alamatnya jenuh le kena marah dgn driver..hahahah...sekeping rm 4.50..beli jugak tanah merah (rm1.20/pek) dan tanah hitam (rm 10/4 pek)..harga ok la kot...dah tahu tempat nih lain kali boleh datang lagi... Lepas Maghrib terus kerjakan tanah-tanah dan rumput dengan anak-anak..semuanya rajin nak menolong...ratakan tanah merah dulu...kemudian letak rumput rapat-rapat...mmm bukan pinang je tan...

kebun kecil saya...part 1...intro

Image
Tanah belakang rumah nih asalnya besar la jugak...masa tu penuh dengan pokok pandan...dah siap cakap dengan mr hubby..bestla dah ada pandan nih..tak yah le susah-susah nak tanam... merimbun pandan menghijau.. Tapi bila buat tambahan dapur sampai belakang, habis semua pokok pandan tu..satu pun tak tinggal!!! Aiseh...kena tanam balik nih...penting nih pokok pandan..huhu.. Memandangkan dah tinggal ruang sikit saja, mula-mula kena  listkan nak tanam apa...saya dah listkan dah..agak panjang jugak: - kaduk ( buat ulam) - pegaga (buat ulam dan jus) - pudina (buat teh pudina, bahan sampingan laksa) - selom (buat ulam, bahan sampingan laksa) - kesum (buat ulam, bahan sampingan laksa) - kunyit (daun untuk masak rendang, masak lemak cili api) - ulam raja (buat ulam, kerabu) - cemumar/cemumaq   (buat ulam) - karipole (masak kari) - cili padi (buat sambal belacan) - pandan (pewangi semulajadi) - mengkudu (daun mengkudu buat sayur lemak, ulam, kerabu) - lemuni (buat nas...

tips hidup bahagia

Assalamualaikum..... Tips untuk hidup bahagia untuk dikongsi bersama..daripada Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzillah Kamsah.. 01. Rapatkan hubungan dengan ALLAH 02. Doa dan zikrullah  03. Cuci/bersihkan hati 04. Elakkan dendam dengan kemaafan 05. Layan orang dengan sopan dan kasih sayang 06. Lihat masalah sebagai cabaran,peluang dan didikan daripada ALLAH 07. Redha dengan qada dan qadar ALLAH 08. Bentuk impian yang hebat - harapan bawa bahagia 09. Remehkan yang remeh 10. Hebahkan kebaikan orang lain 11. Elak daripada memberi alasan 12. Fokus kepada masa sekarang dan lupakan masa lalu 13. Elak bandingkan diri dengan orang lain 14. Pilih kawan yang positif yang ALLAH suka 15. Jangan risau apa orang kata..risau apa yang ALLAH kata Jom amalkan...

kawan vs sahabat..

Image
Dalam perjalanan ke ofis sempat mendengar motivasi pagi di radio IKIM..antara yang menarik untuk dikongsi adalah perbezaan kawan dan sahabat..untuk menguji samada seseorang itu kawan atau sahabat, ujilah dengan 3 perkara iaitu BERJANJI, BERHUTANG dan BERMUSAFIR BERSAMA. Sekiranya lulus ketiga perkara tersebut barulah boleh dikategorikan sebagai SAHABAT .

SepetangDiTanjung Dawai..

Image
Antara destinasi wajib saya tiap kali balik kampung ialah Tanjung Dawai..ia merupakan kawasan perkampungan nelayan yang menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Kedah.  Tujuan utama untuk membeli stok ikan bilis dan belacan...selain itu dapat juga mengambil angin petang di samping menyaksikan keindahan matahari terbenam..tapi kali nih ubah tempat sikit.. saya ke kawasan tepi pantai Singkir Laut ...belum sempat terbenam sepenuhnya pun..tapi sempatlah menikmati indahnya pemandangan..subhanallah.. arked tanjung dawai menempatkan peniaga yang menjual pelbagai barangan seperti ikan bilis, ikan kering, sotong kering, udang kering, pelbagai keropok dan macam-macam lagi.. satay ikan antara yang menjadi kesukaan anak-anak.. pelbagai jenis keropok...antaranya keropok ikan, keropok sayur, keropok udang... selain arked, terdapat juga kedai di tepi jalan yang menjual barangan sedemikian...jadi tak perlu risau kalau terlupa/tertinggal nak beli apa-apa masa di arked tadi.....

pindah rumah

Image
Secara rasminya saya berpindah masuk ke rumah baru pada sabtu, 25 mei 2013... Banyak jugak barangan yang diangkut ..dan banyak juga yang masih belum diangkut sehingga hari ini...saya bercadang untuk menyewakan rumah lama tapi masalahnya camna nak disewakan, belum habis kemas..setakat ini telah ada 5-6 orang bertanyakan rumah tersebut..apa nak buat, tak dapatlah nak janji apa-apa buat masa ini,  Saya bercadang nak makeover dulu sebelum sewa.. Namun kerja-kerja pengubahsuaian mengikut pemerhatian saya, masih ada perkara yang belum siap sepenuhnya oleh pihak kontraktor..Mr Hubby suruh saya pejam mata saja..katanya kalau tengok details sampai bila pun tak siap-siap...dan tak pindah-pindah...mmmm...sebenarnya ada beberapa perkara yang saya tak berapa puas hati ..tapi cam malas la plak nak argue ..buatnya nanti tak pasal-pasal bermasam muka plak.. sebahagiannya yang masih belum kemas sehingga kini.. barang dapur semua masuk dalam plastik hijau saja...senang.. jangan te...

GulaiCempedak..

Image
Haaa...mesti ramai yang tak pernah makan gulai cempedak kan...bila saya tanya kawan-kawan..respon mereka...'gulai cempedak??? gulai nangka ada la'..ishhhh..kesiannyaaa...sebenarnya gulai cempedak lebih sedap tau berbanding gulai nangka...ada pulak orang yang cakap, sayanglah cempedak dibuat gulai...mmm..jawapan saya...nak sayang apanya kalau dah keliling rumah mak banyak pokok cempedak...jenuh nak makan kalau dah masak semuanya..nanti kena buat cempedak kering pulak sebab dah tak termakan.. Gulai cempedak yang paling sedap pernah saya makan mestilah yang mak saya masak...the best gulai cempedak in the world.. ratah pun sedap.. Bahannya: Sebiji cempedak muda (jangan ambil yang masak tau) Santan Cili kering 10 biji (kalau suka pedas, boleh tambah) Bawang merah 5-6 ulas Sedikit jintan manis Sedikit rempah biji Sedikit kunyit Udang basah Caranya: - Cempedak dibuang kulit dan dipotong kecil.. - Blender cili kering, jintan manis,  rempah biji dan bawang merah. - Cam...

Sayur Pucuk Geti

Image
Lama tak makan sayur geti...ada yang panggil sayur turi...kebetulan pergi pasar tani dan ternampak sayur nih..mmm..nampak sedaplah pulak..terus beli seikat..rm1..berlambak-lambak..terkejut saya bila budak tu bagitau rm1..hehhe..sebabnya pernah beli di pasar seksyen 16 rm 2 sikit je pun..dapatla dalam 7-8 simpul..masa tu dah fikir, boleh tahan jugak regenya..jawabnya kena tanam sendiri la belakang rumah..hahahah...tapi nih dah murah nih tak yah tanam le kot yekkk..p je lah pasar tani stadium shah alam tu..dekat je pun dengan rumah.. nak amikkkk..selambak.. pastu sila simpul camni yaaa... Cara masak saya adalah berdasarkan resepi warisan mak turun temurun..memang mabeles... Bahan: Pucuk geti (disimpul) Santan pekat (1 cawan) Santan cair (1 cawan) Udang basah Garam Bawang (dihiris) Cili merah (belah dua) Cara: Masuk semua bahan kecuali santan pekat. Bila dah agak mendidih, masukkan santan pekat. Biar seketika. Tutup api dan sedia dihidang. Makan dengan nasi panas-...