Posts

Showing posts from January, 2013

Roti Babu Warisan @ Slim River

Image
Akhirnya tercapai juga hasrat mencari Roti Babu di Slim River. Sebenarnya dah agak lama saya suha roti nih semenjak tersiar di dalam Majalah Islam, TV Alhijrah tahun lepas..Semasa bercuti di Ipoh tahun lepas, kami singgah juga ke Slim River mencari roti ini tetapi tidak ketemu. Jadi semasa dalam perjalanan balik dari Kedah tempohari kami masuk lagi ke Slim River. Berpandukan catatan-catatan di internet, saya dapati kilang roti babu itu terletak berdekatan Pasar Slim River. Namun untuk mengesahkannya, saya bertanya dengan seorang tukang sapu sampah di hadapan pasar. Katanya, cik lalu jalan depan nih..terus...belok kanan..lepas tu belok kiri..kedai yang hujung tu.. Saya pun apalagi terus berterima kasih dan masuk ke kereta memberitahu suami sebagaimana yang diberitahu.  Kami mengikut arah jalan yang diberikan tetapi tidak berjumpa dengan yang sepatutnya. Lalu, saya mengambil keputusan untuk bertanya pada tuan kedai runcit di deretan kedai berkenaan. Beliau sangat baik hati..terus men

Golongan yang sedikit...

Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih lautan dibiarkan. Allah s.w.t berfirman :  "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya"  (16: 18). ''kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air mani yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan ke dalam tubuhnya (roh) ciptaanNya dan Dia menjadikannya bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati tetapi sedikit sekali kamu  bersyukur '' (32: 8-9) Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masu

Obsesi Mengkudu..

Image
Sejak pertama kali masak sayur lemak mengkudu, saya telah menjadi obses kepada daun hijau itu..rasanya yang kelat-kelat pahit terasa amat sedap di tekak saya..suami dan anak-anak juga menggemarinya..lalu setiap kali ternampak pokok mengkudu di jalanan, terasa nak saja saya turun dan mengambil daunnya dijadikan sayur...hahahah..untuk sesiapa yang belum pernah mencuba, bolehla mencuba...ringkas namun sedap lagi berkhasiat.. Sayur Lemak Mengkudu Bahan-bahan: Seikat pucuk mengkudu (celur dan hiris) 2 ekor ikan kembong (rebus dan ambil isi sahaja) Bawang besar (hiris) Cili merah/cili padi (hiris) Santan Garam Cara-cara: Campur semua dan kacau selalu supaya tak pecah minyak.  Angkat dan hidangkan panas-panas.  Terbaekkk...