Posts

Showing posts from December, 2013

My December..

Image
I love December very much....especially 31 December..its my birthday again..sound like a child..huh..seronok sangat..rasanya semua orang sangat happy bila tiba hujung tahun..hujung tahun juga bermakna cuti yang panjang, jualan murah di mana-mana, perayaan, kenduri kendara..seronoknyaaaa..tapi harus diingat..kerja juga banyak bila hujung tahun..semuanya perlu diselesaikan sebelum tahun baru..mmm... Apa yang dah saya buat sepanjang Disember..so far saya dah balik kampung jumpa mak abah..dah jumpa adik-adik..anak buah..dah jumpa tok..dah makan mee udang di Pulau Sayak dan Changkat Jering...dah bercuti di Cameron Highland..dah makan durian di Tapah..dah bawak anak-anak bercuti walaupun hanya di Bagan Lalang..dah siap beli barang untuk sekolah..dah balik rumah mentua..dah pergi makan sate, mee bandung dan soto di Muar...juga dah menyusuri Sg. Muar... pemandangan masjid di tepi sungai..ada dua buah yang sama di kiri dan kanan Sg,. Muar..yang ini merupakan masjid baru yang dib

Me Time..Mini Reunion x SMKJ

Image
Walau jarang bersua muka, kami amat rapat di whatapps...namun apabila ada kesempatan, pasti peluang untuk bertemu tidak akan dilepaskan..sesekali berjumpa dan mengimbau kenangan zaman persekolahan memang menyeronokkan..moga dapat berjumpa lagi.. not, nurse di PPUM.. naz, lia dan pak su...   kali terakhir jumpa pak su tahun 1987...hampir 27 tahun lalu.. naz dan lia..

Kebun Kecil Saya..beli benih

Image
Waaa..semangat sungguhhhh..harap-harap menjadi laa..kalau sebelum ini tanaman di kebun kecil saya diimport daripada kampung, kali nih semua benih dibeli secara online daripada Tuan Iskandar empunya blog  tanamsendiri.com ..mudah sungguh..pilih benih..transfer maybank2u..benih sampai..yang tak mudahnya nak menanam nih..kemudian menjaga pula.... nah..amik selambak...jangan sampai tahun depan camni jugak  sudah...hahaha

Menjenguk Space U8..

Image
Tempat nih bukannya jauh pun dari rumah saya...tapi tak juga sampai-sampai....dah banyak kali Syamil ajak, tapi baru kali nih terpanggil nak pergi..heheh.. cantik jugak kat dalam nih...rasa relaks sebab tak ramai orang..kedai pun banyak kosong lagi.. saya yang ajak datang..tapi yang dapat barangnya BUKAN SAYA...huhu Syamil nak kasut nih...mahalnyaaaa RM119 tuhhh...tengok-tengok dululah ya..lagi pulak tak ada keperluan sangat pun sekarang..

Dialog Bersama Ketua Polis Shah Alam..

Image
Satu sesi dialog telah dianjurkan oleh persatuan penduduk taman perumahan saya dengan Ketua Polis Shah Alam, ACP Zahedi..majlis bermula seawal 8.30 pagi..sarapan turut disediakan..tepat pukul 9, tetamu jemputan sampai..majlis dimulakan dengan doa selamat ..dan seterusnya kata-kata aluan Presiden Persatuan Penduduk...Dato' Azaham...antara kata-kata beliau '...penduduk taman kita nih semuanya bagus-bagus..tak ada masalah pasal sumbangan..cuma kehadiran aktiviti kena dipertingkatkan....' memang pun nampak sangat bila ada aktiviti penyertaan memang kurang..kecuali Majlis Jamuan Raya..yang tu tersangatttt ramai...harap-harap lepas nih penyertaan penduduk bertambahlah...saya suka kalau dapat joint aktiviti sebegini..bukan apa...masa-masa macam ni lah baru dapat berkenal dengan jiran tetangga..kalau tak setakat senyum camtu je la.. kelakar jugak ketua polis nih.. inilah Presiden persatuan penduduk yang sangat komited... tengok..kan lagi banyak kerusi daripada or

Tanda-tanda Tanah Runtuh..

Image
Saya amat tertarik semasa saya melihat lakaran ini di suratkhabar pada kali pertama beberapa tahun lalu..lakaran yang ditunjukkan adalah ringkas tetapi amat bermakna..bukannya apa..kita ni kerapkali lupa dan perlu selalu diingatkan..moga dengan adanya peringatan sebegini akan selalu mengingatkan diri kita agar sentiasa berhati-hati dengan persekitaran kita..kebiasaannya tanda-tanda awal tanah runtuh dah nampak lebih awal..tapi kita selalunya tak perasan..

Cuti Lagi @ Seri Malaysia Bagan Lalang...

Image
Saya telah memperuntukkan cuti selama seminggu untuk bercuti bersama keluarga..namun tiba-tiba MDH (My Dear Hubby) ada kursus la plak 3 hari 2 malam di Bagan Lalang..memikirkan bosan berada di rumah, saya mengambil keputusan untuk ikut dan booking bilik di hotel yang sama..Seri Malaysia Bagan Lalang..saya cuba call hotel, katanya dah penuh...saya try  search melalui booking.com..dapatlah satu bilik..booking bilik Family Standard RM 346.00 untuk 2 malam..bolehlah... (rupanya jumlah sebenar ialah RM 402.00..saya terlupa masa booking tu belum masuk tax) Dah agak lama saya tak ke Bagan Lalang..tak ada banyak perubahan pun..kali terakhir saya datang waktu melawat tapak pembinaan Sepang Gold Coast..dah lama sangat..sekarang dah siap sepenuhnya pun..nasib baiklah waktu itu sempat masuk dan merasa chalet atas air tu..kalau sekarang tak mampu lah nak stay situ.. Walaupun keadaa bilik penginapan tak berapa okay bagi saya, tapi anak-anak enjoy dengan swimming pool di sini..okaylah tu.. fir

Singgah Cameron Highland...

Image
Esoknya dalam perjalanan balik,  singgah makan Mee Udang Zetty di Changkat Jering..mee udang lagi..tak jemu-jemu kannnn...layan jer..bercutilah katakan... dapat tengok kulit udang je lah..hehe Selesai makan  naik ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai..cuaca nampak mendung..rupanya ini kali pertama kami naik melalui Simpang Pulai..biasanya naik ikut Tapah..sampai saja terus singgah Cactus Valley..layan mata sekejap... Kemudian cuba bertanya hotel di Brinchang..alhamdulillah ada kosong di Star Regency Apartment..ambil apartment  2 bilik  dengan harga  RM 200 untuk 1 malam..kalau ambil apartment 3 bilik harganya RM 300...apartment sangat selesa..boleh datang sini lagi..selesai solat asar, turun berjalan dengan anak-anak ke medan jualan sepanjang jalan..sempat beli ubi rebus, strawberry coklat..apam balik buat alas perut sebelum makan malam...  Selepas solat maghrib semua bersiap nak keluar, Akiff pula buat hal tak nak keluar sebab nak tengok kartun..ishhh..ada ke s

Siakap Stim ...

Image
Biasanya ikan siakap saya masak sweet sour ataupun  buat sup .. kali nih nak buat kelainan sikit.. tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai.. biar layu dan wangi... masuk ikan... masuk air..agak-agak 2 cawan.. biar mendidih.. perahkan limau nipis... letak sedikit garam dan gula..biar merenih... tadaaa siap.. s imple tapi sedapppp bangattttt...

Mee Udang Pulau Sayak dan Pantai Merdeka..

Image
Percutian hujung tahun kali ini dimulai dengan balik kampung menziarahi mak yang baru selesai menjalani pembedahan membuang selaput pada mata kiri... alhamdulillah...  seterusnya esok petang ke Pantai Merdeka.. dan menikmati mee udang di Pulau Sayak.. sekadar dua malam di kampung... cukuplah asal dapat jumpa mak..abah..adik-adik..anak menakan.. petang di Pantai Merdeka..tak  berapa nampak sunset pun...tapi orang boleh tahan ramai.. sebahagian kami...yang teruja nak ke pantai merdeka..irfan sampai tertidur..sian..  ambil angin petang...rasanya dah puluh tahun saya tak ke sini...dulu masa sekolah rendah abah selalu juga bawa kami berkelah di sini.. ammar berbaju oren.. pertama kali makan mee udang pulau sayak.. orang makan mee udang, akiff makan burger.. congrats ain dapat 5 A dalam UPSR 2013..

Yuran SRA 2014..

Image
Tahun depan insyaallah cuma Syamil sahaja yang akan bersekolah di SRA...senarai yuran dah dapat masa pergi ambil report card tempohari..tengokkan senarainya boleh tahan juga mahalnya..kalau ada 4-5 anak jenuh jugak nak korek duit...pembayaran yuran boleh dibuat pada 30 dan 31 Disember 2013..tunai sahaja..ok..senang sikit..ada sekali dulu kena buat wang pos..jenuh la pulak pergi pejabat pos...

Penempatan Mangsa Banjir...

Image
Timbul rasa sebak dan sayu apabila melihat keadaan penempatan sementara mangsa banjir di negara sendiri bila dibandingkan dengan negara luar.. come on lah Malaysia.. this is not our first time banjir.. please be prepared!!!

Tau Miu..

Image
Tau miu.... Apa tu...taugeh tahulah..kali pertama saya tengok tau miu di tempat sayur-sayur pasaraya Tesco..tempat dia dekat-dekat dengan taugeh...tapi tak pernah pula membeli..dan tak tahu pulak camna cara masak...sekali beli...rupanya sedap..dan lebih sedap dari taugeh..sekarang kalau buat sayur campur ke..goreng mee ke.. mesti masukkan tau miu..memang sedaplah..tapi harga mahal sikitlah berbanding taugeh.. tau miu sebelum dimasak.. sayur campur tau miu bersama carrot dan kobis..

Pray for Kuantan

Image
berat mata memandang, berat lagi mata yang memikul... moga-moga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi cubaan dan dugaan yang amat berat ini..

Taman Hutan Lembah Bukit SUK...

Image
Taman ini dahulunya adalah tempat kegemaran saya dan keluarga menghabiskan masa hujung minggu..biasanya kami akan datang pada awal pagi dengan tujuan utamanya menyauk ikan!! Ada banyak anak-anak ikan dalam alur air di sini...saja la bagi pengalaman sauk ikan kat anak-anak.. Tapi dah agak lama tak ke sini..cuma selalu lalu di jalan luar sahaja..rupanya taman ini sedang dalam proses diselenggara dan diperbaiki..nama pun dah bertukar kepada Taman Hutan Lembah Bukit SUK..dulu saya panggil Taman Bukit SUK.. boleh nampak bangunan pejabat SUK Selangor dari sini.. trek jogging saya..setahun sekali ada la kot..hahhah nama baru gah terpampang...bahagian hadapan sedang dalam proses untuk pembinaan trek basikal Shah Alam... taman kelahiran ini dibuat bersempena satu pokok bagi setiap kelahiran bayi ..nampak tak berapa menjadi sangat..tak banyak pokok yang ditanam pun..taman herba dulu best sebab ada banyak pokok herba..yang sekarang nih cam dah kurang..lepas nih hrap-harap okayla..