Posts

Showing posts from July, 2013

Program Puspanita Selangor

Image
Jumaat lepas, Jawatankuasa Agama PUSPANITA Selangor menganjurkan Majlis Solat Hajat Sempena Anak-anak Menduduki Peperiksaan di Surau SUK Selangor.  Memandangkan Aiman akan menduduki UPSR, maka nama saya terpilih. Saya terus ke sana selepas menghantar Aiman dan Syamil ke sekolah.  Dah ramai yang datang awal..ingatkan saya paling awal... Majlis dimulakan dengan taklimat dan ucapan aluan daripada Timbalan Pengerusi Puspanita..seterusnya Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Tasbih  dan Solat Hajat . Dah lama tak solat sunat tasbih...rasanya last masa sekolah dulu..alhamdulillah ada peluang buat beramai-ramai di sini..ustazah pesan lepas nih rajin-rajinlah buat sunat tasbih..janganlah sampai sedekad sekali je buat.. Selepas selesai solat-solat sunat, terus bertadarus Al Quran, takzirah, majlis khatam Quran dan diakhiri dengan solat zohor berjemaah.

kebun kecil saya...part 3

Image
Sebahagian daripada target yang telah ada di kebun kecil saya: - pokok kari - pokok mengkudu - pokok tomato - pokok kaduk - pokok pegaga - pokok paya pantai - pokok bendi - pokok labu Tak tahulah boleh survive ke idak pokok labu tu..tunggu dan lihat sajalah..bendi tu cam ada harapan...harap-harap sempatlah berbunga dan berbuah....

Ayam Bakar Pemanggang Ajaib

Image
Seronok jugak memasak dengan pemanggang ajaib nih..senang sangat..mula-mula buat ayam percik..lepas tu buat kambing black peper..esoknya buat ayam black pepper plak...wahhh..meriah betul..kena berbanyak terima kasih kepada mr hb yg belikan pemanggang ajaib nih semasa dia out station ke Langkawi tempohari.  Benda-benda nih dialah yang belikan..dulu masa pergi Langkawi pun dia belikan pressure cooker...banyak kegunaannya...Kalau saya yang ke Langkawi, takdenya saya beli benda-benda nih semua...yang saya suka corelle...luminarc...coklat...hahaha

jom solat dhuha..

Image

happy besday boys...

Image
Jenuh makan kek bulan bila tiba Julai...half of the family born in July!!! Adik 1 Julai, Syamil 16 julai n abah 31 julai...kek kena beli sorang satu pulak tuh...untungla kedai kek... sudah lima tahun tau...saya dah besar... kek angry bird untuk akiff...tak dapat rasa pun sebab dia nak bawak pergi tadika makan dengan cikgu dan kawan-kawan... kek coklat untuk syamil...coklat forever n ever adik tengah usha nak makan coklat sebatang tu sorang-sorang... Dua dah lepas..tinggal lagi satu..tukar makan lainlah plak yerr..

Ramadan Ya Kareem 1434H

Image

homemade telor masin

Telor masin antara makanan penambah selera yang saya suka..terutamanya pada bulan puasa..tetapi agak sukar mendapat yang menepati selera..ada yang terrrrmasin..ada pulak yang takkkkmasin...untuk bulan puasa kali ini, saya bercadang untuk mencuba buat telor masin sendiri.. Jadi kena cari telor masin dulu..di pasar sekyen 16 memang ada kedai yang jual telor nih..telur itik dijual sebijik rm0.50.  Saya beli 10 biji...cadangnya buat try buat telor masin  semua tu.. Dengan pertolongan cik goggle, terjumpa cara-cara nak buat telor masin nih..nampak cam senang..kita try dulu kayyy... Mula-mula  pilih telor yang berwarna kehijauan..saya tengok ada 2 jenis telor nih...satu kehijauan..satu lagi cam pink sikit..tak pasti apa bezanya...mungkin sebab keluar dari itik yang berbeza la kot... Lepas tu...basuh dulu telor bersih-bersih dan keringkan... Kemudian, sediakan bahan paling penting..GARAM...didihkan air dengan garam (saya letak 5 genggam) dan sejukkan semalaman... Barulah masukkan