Posts

Showing posts from November, 2013

Happy 15th Anniversary !!!

Image
Alhamdulillah.. lima belas tahun sudah.. many years to come.. insyallah.. p/s..thank you so much my dear kerana sentiasa bersabar di atas ketidaksabaran saya...

Bengkang Labu Simple..

Image
Labu nih antara kegemaran Syamil...biasa saya buat cekodok atau bengkang je..senang..kalau serawa labu tak suka pulak dia.. resepi bengkang saya simple je..tak masuk telur pun.. Bahan-bahannya: 2 cawan labu (telah direbus dan dilenyek) 1 cawan tepung gandum 1 cawan santan 1/2 cawan gula sedikit garam Cara Penyediaan: Campur semua bahan..nak lagi senang masukkan semua dalam blender..press start....bezzzzzzz.....biar sebati..sementara tu boleh juga sapukan sedikit majerin pada pemanggang ajaib..kalau tak pun takde masalah sebab guna pemanggang ajaib nih memang conform sangat tak akan melekat pun...kemudian tuang adunan tadi dan bakar selama lebih kurang 20 minit..siap.. bengkang labu pemanggang ajaib....belum cuba belum tahu...dah cuba..nak selalu..hehehhe..

Buat Stor Pulak...

Image
Stor dah siap..bolehla simpan semua barang yang agak-agak tak nak guna di sini..dah lama jugak plan nak buat stor nih..kalau ikut saya nak yang paling simple dan paling murah je..tapi mana la ada benda murah sekarang kan..buat nih je dah RM 2120.00..mmm..kalau nak murah buat sendiri lah kan...tapi kalau buat sendiri tu la yang tak siap-siap..jadinya bayar je la.. Mula cadang nak buat camni..nampak cantik sikit..tapi tak jadi sebab ruang simpang barang jadi kecik pulak..tak dapat nak simpan banyak barang...rugi la .. keadaan semasa..ini cuma sebahagian je..ada banyak kotak lagi tersimpan di bilik sebelah..simpan apa-apa ntah ler..gunanya belum tentu lagi.. tadaaaaa.....dah siap..simple camni je..simple camni pun dh 2k lebih...mmmm....mungkin nanti kena fikir nak decorate camna nak bagi nampak cantik sikit..

Bila Cuti Sekolah..

Seronok jugak pergi kerja bila cuti sekolah nih... tak perlu terkejar-kejar sediakan sarapan pagi... tak perlu terkejar-kejar bangunkan budak-budak... tak perlu terkejar-kejar hantar budak sekolah... tak perlu terkejar-kejar hantar Akiff ke nursery.. tapi... kelam kabut jugak bangun pagi-pagi... siapkan sarapan dan makan tengahari... fikir lagi makan apa petang... bimbang budak-budak kelaparan tak cukup makanan... bimbang budak-budak asyik tengok tv... bimbang budak-budak asyik bergaduh... mmm... ke lagi bagus bila waktu sekolah....

Very True...

Image

Tertinggi Di Dunia....

Image

Tahniah Aiman...

Image
Keputusan peperiksaan UPSR Aiman dah keluar semalam......Alhamdulillah...dapat 2A 3B....A untuk subjek penulisan dan pemahaman Bahasa Melayu sementara B untuk subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris...untuk PSRA pula, keputusannya MAQBUL dengan markah 58.8%....saya agak berharap juga dapat keputusan yang lebih baik seperti JAID kalaupun tak dapat JAID JIDDAN...apapun..okay la tu untuk seorang budak darjah 6 yang tak pergi tuisyen.. kalau di rumah pula siang malam habiskan masa dengan tv..cumanya kalau ada USAHA lebih sikit, tentu boleh dapat keputusan yang lebih baik...tahniah angah..this is just a beginning... tempat: lokasi biasa

Bengkang Ubi Kayu Terpaling Sedappp.....

Image
Bengkang ubi kayu ni antara kuih tradisional kegemaran saya..ini panggilan orang sebelah utaralah..kalau tempat lain panggil bingka...ingat lagi dulu-dulu mak masak bengkang nih..renyah jugak..masak guna dapur kayu..nak kena guna api atas bawah....ehhh silap...yang atas tu bara je kot kalau tak silap saya..dulu-dulu mana la ada oven cam sekarang..kalau ada pun seingat saya oven kotak empat segi jenama Butterfly yang warna hitam tu... letak atas dapur minyak tanah..guna pun untuk buat kuih raya je.. Sejak ada pemanggang ajaib nih, kerja-kerja dapur jadi makin mudah...semua masuk dalam pemanggang ajaib..senang..ikan..ayam..karot..brokoli..kentang...sotong..udang...memang berbaloi sangatlah beli pemanggang ajaib nih..saya dah cuba masak puding roti guna pemanggang ajaib dan menjadi..sekejap sangat..lepas tu teringat nak buat bengkang ubi kayu..tapi saya tak ada parut yang sama cam mak guna tu untuk memarut ubi..sekali cakap je kat mak pasal tu, terus esoknya mak bagitau abah dah belikan

Hari Perancang Bandar Sedunia a.k.a World Town Planning Day.....

Image
Untuk pengetahuan, Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) disambut pada 08 November setiap tahun di hampir 80 negara di seluruh dunia. Sambutan HPBS ini merupakan agenda tahunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sejak tahun 1988 mengikut tema tertentu selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa. Ada hari sendiri tuuuu...hebat jugak perancang bandar ni yek... Semasa saya bekerja di sektor swasta, tidak pernah sekali pun saya hadir ke HPBS nih..begitu juga semasa saya bertugas di RnD selama hampir 5 tahun..agaknya sebab sebelum tu dah terlalu sibuk dengan persiapan HPBS sampaikan bila tiba hari kejadian dah tak ada mood nak pergi... Tapi..tahun nih beria-ria saya nak pergi...tujuan utama selain mendengar pembentangan kertas kerja yang menarik, saya nak jumpa kawan-kawan lama..dan nak tengok menteri baru KPKT..sayangnya menteri tak dapat hadir..tapi tak apa..saya dapat jumpa Wan Zaleha Radzi..terpegun kejap tengok dia..kecik comel lote orangnya.. suzy n m

Anak Dan Kerja....

Image
Lewat sampai ofis hari nih..gara-gara akiff tetiba mengamuk tak nak masuk ke tadika..biasanya dia okay je..entah naper mood tak okay pulak padahal masa breakfast kat rumah tadi nampak cam takde apa-apa..siap habiskan 2 keping roti dengan scrambel egg lagi... Saya pulak bila dia buat perangai camtu, mulala rasa berbelah bagi..nak p kerja atau nak bawak dia balik rumah jer..pernah dulu dia buat perangai camtu saya terpaksa cuti kecemasan..habiskan masa seharian dengan dia di rumah.. Ada masanya saya terfikir jugak betapa kejamnya saya sebagai seorang ibu meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain..sedangkan saya suka-suka hati pergi bekerja..betullah ada yang berkata..kita bekerja bukannya suka-suka..untuk kesenangan anak-anak juga..ahhhhh....itu semua untuk memujuk hati sendiri...tapi sebenarnya kita lupa..tanggungjawab kita sebenarnya adalah kepada anak-anak..itulah pekerjaan kita yang paling utama..sebenarnya..bertuahlah mereka ibu-ibu di rumah yang dapat menumpukan sepenuh

Salam Maal Hijrah 1435H

Image
..hari kedua di tahun baru.. ..moga-moga tahun ini lebih baik dari semalam... ..moga saya mampu menjadi anak yang lebih baik.. ..moga saya mampu menjadi ibu yang lebih baik.. ..moga saya mampu menjadi isteri yang lebih baik.. ..moga saya mampu menjadi saudara yang lebih baik.. ..moga saya mampu menjadi sahabat yang lebih baik.. ..terpaling penting... ..moga saya mampu menjadi hambaNYA yang lebih baik.. ..insyaallah..

tahniah pahang..

Image
Akhirnya tertulis sudah.... PAHANG JUARA!!!!!   Inilah pertama kali saya melihat keadaan di luar stadium semasa pertandingan bola..kelihatan kereta penyokong kedua-dua pasukan di mana-mana sahaja..daripada jalan batu 3 sehinggalah laluan di sekeliling stadium..hatta sampai ke laluan masuk utama ke kawasan perumahan saya! sayangnya tak berkesempatan merakamkan foto dek hp yang sudah kehabisan bateri..apapun..tahniah untuk pemain dan penyokong pahang...

selamat harijadi, abah..

Hari ini, 4 november, genap umur abah 70 tahun..pagi tadi saya dah call untuk wish selamat hari ulangtahun...alhamdulillah abah masih sihat dan boleh melakukan aktiviti seharian selepas pencen daripada jawatan guru kira-kira 15 tahun lalu..seingat saya semasa kecil, saya paling manja dengan abah..kalau nak apa-apa pun minta dengan abah, pasti dapat..agaknya sebab iras muka saya yang lebih mirip kepada abah..sehinggakan jika pertama kali berjumpa pun orang boleh mengecam saya kerana muka saya yang mirip dengan abah!  Abah adalah anak kedua kepada pasangan Tn. Hj. Abdul Hamid Bin Hj. Abdullah (wan) dan Pn. Hjh. Che Dah Bt Hj. Said (tok)....memandangkan abang sulung abah meninggal semasa kecil, jadi abahlah yang menjadi sulung ganti dalam keluarga....abahlah yang bertanggungjawab menjaga keluarga setelah pemergian wan..wan meninggal agak awal..mak yang merupakan menantu sulung pun tidak sempat bertemu wan (mak berkahwin dengan abah pada tahun 1968)..adik-adik abah ada 7 orang..pak njang