Posts

Showing posts from May, 2017

petronas youngstars day 2017...

Image
* ini merupakan entry yang dah lama terperap..huhu .. semalam bawak alya ke petronas youngstars day di kdu college glenmarie...seawal 7.30 dah ramai rupanya yang dah sampai..kedatangan terus disambut oleh volunteers yang menunjukkan arah ke mana tempat taklimat ibu bapa dan juga ke mana calon harus pergi untuk mendaftar..saya terus ke  hall 6 untuk mendengar taklimat.. kolej kdu..cantik tempat nih.. sementara menunggu majlis bermula, ibu bapa dihidangkan dengan tayangan video mengenai petronas dan iklan-iklan petronas yang sangat menggamit memori dan terus membuai perasaan.. seterusnya majlis taklimat dmulakan dengan nyanyian lagu negaraku..wow..hati saya berdetik...sangat patriotik! kemudian diteruskan dengan bacaan doa..seterusnya sesi taklimat oleh wakil petronas berkenaan syarikat petronas sendiri dan pakej sponsorship kepada mereka-mereka yang akan ditawarkan..banyak maklumat dan ilmu baru yang saya dapat di sini..alhamdulillah...pengalaman baru bagi saya juga.