Posts

Showing posts from July, 2015

Jemputan Kahwin + Mitsui Outlet Park..

Image
Berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan kawan sepejabat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi..saya sampai agak awal..dalam pukul 12 tenghari..jemputan pun masih belum ramai..dapat makan dan duduk dalam keadaan yang amat selesa:).. pengantin sampai semasa kami hendak balik..sempatlah snap gambar pengantin sebagai bukti kehadiran..hehehe Dalam perjalanan balik sempatla singgah Mitsui Outlet Park..saja la jalan-jalan..nampak ramai yang macam saya agaknya..yang balik dari beraya atau kenduri dan singgah ke sini..takda la best sangat pun..lagipun takda apa yang nak dicari/dibeli..jalan-jalan je pun.. jadila..not my level kot..nih tempat untuk orang-orang yang berduit dan suka habiskan duit ja.. susah betul nak ajak akiff bergambar sekarang..

1 Syawal 2015..

Image
Tiada apa lagi yang paling membahagiakan selain dapat bersama orang-orang tersayang pada pagi Syawal...

Minyak Naik Lagi...

Image
Bermula 1 Julai 2015, harga minyak naik lagi berbanding harga pada bulan Jun...kalau sebelum ini harga RON 95 yang selalu saya guna tu RM 2.05/liter, kali nih dah jadi RM 2.15/liter..naik 10 sen..banyak tuh..dan seperti biasa barang-barang lain pun akan naik harga..dan tak akan turun-turun..ditambah pula dengan GST, maka nampaknya kehidupan rakyat semakin hari semakin parah..entahlah saya tak pasti pihak di sana faham ke, tak faham ke atau buat-buat tak faham masalah rakyat jelata..katanya kenaikan harga minyak ialah proses untuk kesejahteraan rakyat...adoiii la..tolonglah..   Kereta saya yang comei tu pun kalau dulu isi minyak sekali isi RM 40..sebulan purata isi 4-5 kali...dah RM200..kereta saya tu guna cuma untuk pergi balik kerja je..itupun dah lebih dari RM132 yang diwar-warkan oleh seorang bijak pandai..tambah lagi tol pulak RM7.8 /hari..lu kira lah sendiri...dekat RM400 tau sebulan kos minyak dengan tol jer...BRIM tak dapat jugakkkkk...mmm....rasa nak p