Posts

Showing posts from September, 2012

lembaran baru..

Minggu pertama bertugas di tempat baru..segala-galanya baru bagi saya..hari pertama saya sampai sebelum pukul 8. Perjalanan daripada Shah Alam tidak sampai setengah jam..Hari pertama dihabiskan dengan sesi perkenalan dan meneliti kerja-kerja yang ditinggalkan pegawai terdahulu..Balik ke rumah terasa sungguh jauh dan penat..jadinya pukul 9 terus zzzzzzz.. Hari kedua, kerja sebenar bermula..dimulai dengan surat maklumbalas daripada jabatan teknikal yang perlu diberi perhatian...seterusnya permohonan-permohonan masuk yang perlu disemak sebelum diedarkan..fuhhh..agak mencabar bagi seorang yang baru dalam tugasan ini..namun masih beruntung kerana mempunyai anak buah yang tidak lokek membantu... Hari ketiga, pagi agak relaks..tapi menjelang petang..zappppp...sedebuk fail kat atas meja minta disemak...jadinya pukul 6 lebih baru melangkah keluar dari ofis...sampai di rumah dah okay sikit...tak penat seperti hari pertama..agaknya badan telah mula membiasakan diri... Hari keempat, sampai d

last day @ rnd

Image
Ikhlas dari hati...insyaallah panjang umur, murah rezeki, dapat jumpa lagi..

SAYA dan SOYA

Image
"mai-mai..yang lain semua dah meninggai...yang tinggai SAYA dengan SOYA saja..mai cepat..." Hahhaa..inilah antara tagline yang saya kan teringat-ingat selepas ini...abang soya nih selalu membuatkan kami ceria di pagi hari...biasanya saya akan beli soya panas gula merah..lepas nih tak tahulah kat mana plak nak p cari soya panas gula merah..huhu

Akiff oh Akiff...

Image
Antara semua, yang seorang ini betul-betul mencabar kesabaran saya. Bayangkanlah dia boleh sahaja mengamuk di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat dan masa..dan paling geram tak makan saman pulak tuh.. Sabtu lepas semasa bersarapan pagi di restoran mamak kesukaan, suka suki tanpa rasa bersalah telah menyebabkan sebiji pinggan jatuh dan..prrrrangggg..pecahhhh duaaaa..aduss...saya dan suami cuma senyum tresipu-sipu.= malu wooo...tapi buat tebal muka je lahh.. TAPI.. Kalau dia tak ada, rasa sunyi pulak... rasa rinduuuuu sangat.. tengah kerja di ofis nih pun selalu teringat-ingat..kalau boleh nak balik cepat-cepat ..hahahha

my best fren forever..

Image
Saya  mengenali Ja semenjak hari pertama saya mendaftarkan diri di UTM..kami ditempatkan dalam bilik yang sama di Kg. Belian...sejak itu, kami sering bersama ke mana sahaja... samada ke kelas, perpustakaan, jalan-jalan, shopping macam-macam lagi.. kami sentiasa bersama hatta bila nak pulang ke kampung jua..kami akan menaiki bas yang sama..Ja akan turun di hentian Butterworth, manakala saya di Sg. Petani..begitu juga apabila tiba masa hendak pulang semula ke Skudai..pasti kami akan balik bersama..biasanya saya akan menaiki bas bersama Ja di hentian Butterworth...pernah kami balik hanya berdua di dalam bas bersama seorang driver daripada Skudai sampailah Butterworth!!! Baru-baru ini saya mendapat perkhabaran yang bondanya tercinta telah kembali ke rahmatullah akibat kanser serviks.. kasihan Ja..sebagai anak sulung dan yang paling rabat dengan ibunya, tentu Ja paling sedih..saya berkesempatan menziarahi Ja semasa cuti raya baru-baru ini di rumahnya di Balik Pulau. Sayu mendengar cerita

welcome to mp sepang..

Image
Hari pertama melapor diri di Majlis Perbandaran Sepang..Sempat berkenalan dengan Ketua Unit dan kakitangan OSC Sepang di mana saya akan bertugas..agak panjang lebar juga penerangan oleh Ketua Unit..secara peribadi, mungkin kerja di sini agak berbeza dengan tugasan saya di tempat lama..apa pun, saya harap segalanya dipermudahkan.. inilah ofis baru saya untuk satu jangkamasa yang saya sendiri tidak pasti...