masjid naza shah alam

Dalam perjalanan balik dari giant shah alam, ternampak ramai orang di perkarangan masjid baru seksyen 13 shah alam.  Terus singgah...rupanya masjid dah siap sepenuhnya dan kebetulan ada majlis tahlil dan bacaan yaasin....masjid nih dibina oleh company NAZA..alhamdulillah...

Besar pahalanya mendirikan masjid nih..saya ada terbaca di website JAKIM ...dari Muhammad Bin Labid r.a katanya: Ketika Usman Bin Affan bermaksud hendak merombak masjid (Madinah), orang ramai tidak setuju..mereka lebih suka membiarkannya..Maka berkata Usman bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda " sesiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, maka Allah akan membuatkan untuknya rumah seperti itu di syurga..."

Masyaallah.....melihat masjid ini sahaja sudah membuatkan hati merasa sangat teruja, apatah lagi kalau berpeluang mendirikan masjid...masyallah.. ..moga-moga masjid ini akan sentiasa diimarahkan..insyaallah..
seorang budak yang tersangat teruja dapat masuk masjid baru..
kalau biarkan je, ada le yang masuk dalam nih...heheh
dewan solat muslimah di tingkat atas...
dewan solat lelaki dan mimbar..
pandangan sisi..
besar betul kipas nih...
pandangan dari luar masjid...
pandangan dari satu sudut masuk..
risalah yassin dan tahlil..
Berikut adalah petikan daripada Utusan Malaysia berkenaan masjid ini..
gambaran awal masjid...
SEKSYEN 13 di Shah Alam sememangnya tidak asing bagi rakyat di negara ini, apatah lagi bagi rakyat Selangor, khususnya bagi mereka yang meminati perlawanan bola sepak.
Ini kerana, Seksyen 13 memang sinonim dengan permainan itu dengan tersergamnya sebuah stadium yang dikenali sebagai Stadium Shah Alam yang sering menjadi medan pertemuan pasukan bola sepak, sama ada di peringkat tempatan dan luar negara.
Pada hari ini, Seksyen 13 dilihat bukan hanya menjadi pusat pembangunan sukan di Selangor, sebaliknya telah berubah wajah sebagai sebuah pusat komersial baru di daerah Shah Alam hasil limpahan pembangunan pesat yang direncanakan oleh kerajaan dalam meninggikan ekonomi setempat.

Selain kemudahan kompleks sukan, Seksyen 13 ketika ini turut mempunyai infrastruktur komersial yang terdiri daripada pusat-pusat perniagaan, pendidikan termasuklah kawasan-kawasan perumahan. Namun, di sebalik kepesatan pembangunannya, aspek kerohanian tidak pernah diabaikan yang mana ia merupakan teras dalam pelaksanaan pembangunan fizikal termasuklah sosial masyarakat setempat.

Justeru, atas dasar tersebut sebuah syarikat pemaju hartanah tempatan, NAZA TTDI Sdn. Bhd. (NAZA TTDI) dilihat antara yang menjadi contoh sebagai sebuah institusi korporat di negara ini apabila mengambil inisiatif membina sebuah masjid moden sebagai pelengkap kepada pembangunan di kawasan berkenaan. Berharga RM12 juta, masjid yang sedang dalam pembinaan itu dijangka siap sepenuhnya September tahun ini, sekali gus bakal menjadi tanda aras kepada reka bentuk serta konsep pembinaan masjid di negara ini pada masa depan. Ini kerana, pembinaan masjid berkenaan di atas tapak seluas 1.4 hektar itu adalah berkonsepkan GBI (Green Building Index) yang pertama di negara ini yang menitikberatkan ciri-ciri mesra alam dari segi pembangunan serta penggunaan sepanjang jangka hayatnya. Dengan konsep rekaan 'peralihan berlapis' (layered transition) bermula dari pintu masuk sehingga ke dewan solat utama, ia disusun sebagai simbolik kepada sifat-sifat merendah diri sebagaimana manusia bertemu dengan Penciptanya. Ruang-ruang itu juga turut dilapiskan dengan elemen plaza, air serta landskap di sekeliling perkarangan masjid menonjolkan lagi fungsi masjid itu sebagai tempat ibadah selain memberi keselesaan kepad para jemaah.

Selaras dengan konsep GBI, masjid berkenaan yang bakal siap nanti turut memberi penjimatan dari segi kos pengurusan, ekoran daripada ciri-cirinya yang mengurangkan penggunaan tenaga.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada masjid itu, ialah sistem pengudaraan semula jadi; sistem tadahan air hujan; pengunaan kipas Big-S; kelengkapan sanitari jimat air serta pencahayaan semula jadi.

Selain itu, masjid berkenaan turut dilengkapi dengan reka bentuk kubah ber tebat, pengunaan lampu jimat tenaga termasuklah mempunyai kawasan hijau serta 30 peratus kawasan lapang.

Bagi Pengerusi NAZA TTDI, SM Nasarudin SM Nasimuddin ketika ditemui pada majlis penyerahan peruntukan pembinaan masjid kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang baru-baru ini, menyatakan pembinaan masjid itu merupakan satu tanggungjawab di pihaknya dalam usaha mengembangkan Islam selaras dengan pembangunan yang dilaksanakannya. 

Katanya, selain pembinaannya untuk memperingati pengasas Kumpulan Naza yang juga bapanya, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang meninggal dunia pada 2008, masjid itu juga diharapkan akan memudahkan masyarakat Islam, khususnya di Seksyen 13 untuk menjalankan tanggungjawab utama mereka di atas muka bumi ini.

Difahamkan setakat ini penduduk di Seksyen 13 tidak mempunyai sebuah masjid kecuali sebuah surau yang dinaik taraf menjadi sebuah masjid berikutan peningkatan bilangan jemaah. Bagaimanapun, surau berkenaan dilihat tidak dapat menampung kapasiti jemaah yang ramai, khususnya pada hari Jumaat selain kemudahan letak kenderaan yang terhad. "Justeru, dengan adanya pembinaan masjid ini, ia dapat memberi kemudahan kepada umat Islam di kawasan itu untuk beribadat dengan lebih selesa, selain menjalankan pelbagai aktiviti untuk manfaat penduduk setempat meliputi pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya," katanya.

Menurut SM Nasarudin, pihaknya berhasrat menamakan masjid itu sempena allahyarham bapanya, namun ia harus mendapat perkenan daripada Sultan Selangor terlebih dahulu selaku Ketua Agama Islam Negeri.

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..