Posts

Showing posts from May, 2014

Kelab Peminat Ros Jepun...

Image
Tetiba saya terjumpa Kelab Peminat Ros Jepun nih di Facebook..seronoknya dapat jumpa geng sekepala yang minat dengan Ros Jepun nih..dapat tukar-tukar pendapat..dapat tanya pengalaman yang dah teror-teror tuh..saya nih kategori baru belajar..koleksi pun tak banyak lagi..setakat ni, ni lah saya yang ada..baru tengah berkira-kira nak mencari warna-warna yang lain..  

Putu Bambu World..

Image
Benda baik kita kena la kongsi kannn..dah banyak kali kawan-kawan post kat facebook pasal putu bambu nih..cuma tak ada kesempatan nak p cari..kebetulan sabtu lepas p seksyen 18, teringat putu bambu nih...terus la ajak cari..mula-mula tengok depan bank tu...tak ada pulak..nasib baik la masa nak balik tu lalu depan pasaraya Ole-ole...ternampaklah gerai nih..rupanya gerai nih berdepan dengan Ole-ole..tepi Giant... ni lah gerainya.... tagline tak boleh blah...kesedapan rasa 100 tahun tuuuu.. close up...memang sedappp..makan panas-pana lagiiiiii sedapppp....

Teambuilding @ Hutan Belum...Part 3

Image
Hari terakhir kami diteruskan dengan aktiviti jungle treking ..jumpa banyak pokok yang selama ini saya hanya tahu namanya sahaja..antaranya pokok tongkat ali..pokok nyatuh.. Dalam perjalanan balik ke jeti mengunjungi perkampungan orang asli..Kampung Aman Damai..suku kaum Jahai yang menjadi penghuni perkampungan ini..kami turut menghulurkan sedikit  bantuan makanan asas dan keperluan alatulis kepada penduduk kampung..

Meraikan Pengantin Baru..

Image
Hujung minggu lepas saya memenuhi majlis resepsi anak pemilik taska tempat Akiff belajar di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor..ini merupakan majlis perkahwinan anaknya yang ketiga yang juga merupakan anak perempuan pertamanya..saya sampai agak awal iaitu pukul 12 tengahari memandangkan Akiff dan kawan-kawannya akan membuat persembahan di majlis berkenaan...menu majlis amat istimewa..nasi putih, masak lemak pisang dan daging, ayam goreng berempah, sambal tumis udang, ikan masin dan bawang goreng, kerabu daun selom, kuih muih yang enak dan cendol yang secukup rasa...sempat berselisih dengan Datin Dr. Wan Azizah yang baru tiba semasa saya hendak pulang..pertama kali melihat beliau di hadapan saya..sangat low profile.. masih banyak tempat kosong..