Posts

Showing posts from March, 2015

Apam Polka Dot Dijamin Sedap...

Image
Malam tadi buat apam polka dot dengan budak-budak untuk potluck ofis husband...semua teruja sangat nak tolong..bertuah la mama kalau sampai besar nanti rajin tolong camni...dah lama tak mengapam nih..godek-godek resepi terjumpa resepi nih yang nampak simple..memang sedap..cukup manis dan lembut.. Apam Polka Dot Bahan A:   3 biji telur (dari peti ais) 1 1/2 cawan gula halus 3/4 cawan susu segar 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil ovalet Bahan B: 21/4 cawan tepung gandum 3 sudu kecil baking powder Cara Penyediaan: Putar Bahan A sampai kembang dengan menggunakan mixer..gunakan kelajuan yang tinggi..pukul sampai warna menjadi putih menandakan telah betul-betul kembang..kemudian masukkan Bahan B...putar sebati...bahagikan adunan kepada bebrapa warna mengikut kesukaan....masukkan adunan ke dalam piping bag..susun papercup di dalam acuan lompang...picitkan adunan ke tengah-tengah papercup...letak filing (tak letak pun boleh..kalau nak letak je apa-apa filin

Oh My Gigi...

Image
Hujung minggu lepas tetiba saya diserang sakit gigi..rasanya sakit yang paling sakit di dunia nih sakit gigi lah..sakit bersalin tu sakit jugak..tapi boleh tahan lagi dan lepas baby keluar tu dah tak rasa sakit dah...hilang terus camtu jer....tapi sakit gigi nih..hmmm..buat semua benda jadi tak kena..rasa cam nak marahhhh je kat semua orang...jadinya nak tak nak kena la buat lawatan ke klinik gigi..saya nih dah la fobia sangat nak jumpa doktor gigi..agaknya sebab pengalaman-pengalaman pahit dulu tuh yang masih tak terlupa..tu yang asyik fobia je bila sebut kena jumpa doktor gigi..nasib baiklah anak-anak tak mewarisi perangai buruk saya nih... Jadinya awal-awal pagi selepas hantar budak sekolah saya terus ke Klinik Pergigian Seksyen 7..hari rawatan gigi untuk dewasa ialah setiap pagi isnin hingga khamis..datang terus amik nombor dan tunggu..tak sampai 15 minit rasanya nombor saya dah naik..terus masuk ke bilik no 4...cantik doktor gigi perempuan tuh..cakap pun lembut jer..rasa cam

Akiff..

Image
Sian pulak dengar citer Akiff di sekolah semalam.. bila cikgu tanya seronok tak cuti.... kawan-kawan semua angkat tangan.. bila cikgu tanya siapa yang tak seronok cuti..... dia angkat tangan:(:(

Aeon @ Shah Alam...

Image
Tak lama lagi siapla Shopping Complex Aeon Shah Alam nih..mana tak siapnya siang malam dok nampak pekerja dok kerja tak henti-henti..senang le nak soping nanti..tak yah le p bukit raja lagi..iye le sangat nak p kan..ntah-ntah nanti setahun sekali je kot p....tak pun time members sale jer..yang pastinya jalan kat area sini pasti makin sibuk..dengan apartment Menara U 1 dan Menara U 2 kat situ jugak..padatlah nampak gayanya kawasan sini...tak dapatlah nak lepak kedai mamak peberet lagik..

Pameran Pokok dan Bunga-bungaan @ Mekar 2015...

Image
Sempat menjenguk pameran pokok dan bunga di Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam semalam bersama Akiff..menarik jugaklah daripada tak buat apa-apa kannnn..dapatla cuci mata tengok banyakkk orkid dan bonsai..minat jugak dengan orkid tapi tak pernah tanam sendiri..jadi tak pandai la nak jaga..rugi pulak kalu beli mahal-mahal pastu mati pulak kan..tengok kat sini cukupla kan..tak ada plan nak beli apa-apa pun..akhirnya terbeli baja cecair rm 15 dan pokok belalai gajah rm 8..

Very Sad..

Image

Cuti Raya Cina..

Image
Cuti raya cina lepas saya dan keluarga balik ke kampung suami..dah lama tak balik..ada cuti panjang sikit nih baliklah jenguk orang tua dan kampung halaman..sempat ke Bandar Muar..tapi sayang banyak kedai tutup pada hari raya pertama..khamis tuh..tempat yang selalu makan mee bandung dan sate pun tak bukak..akhirnya terpaksalah makan mee bandung di kedai berhampiran stesen bas..mmmm..nih kali pertama dan terakhir kot..lain kali nak kena p kedai yang selalu tu jugak.. nih kat Pekan Sungai Mati..nampak berseri-seri rumah kedai lama nih.. terus ke depan tu ada sungai mati..nama pekan nih bersempena nama sungai tu lah..sebabnya sungai tu masti di situ.. suka pulak tengok cat kedai-kedai nih..ceria.. Plaza Tol Bukit Gambir berlatarbelakangkan Gunung Ledang.. musim luruh..

Cerita Munggai Lagi...

Image
Baruku tahu..daun munggai nih pun boleh dimakan rupanya..menurut blog tanamsendiri.com ... " akar, perahan batang, daun, bunga, lenggai dan bijinya boleh dimakan. Daunnya mengandungi asid amino perlu yang lengkap yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan, lebih lengkap dari telur, susu, daging atau ikan. Daunnya enak digoreng, masak sayur air, atau masak lemak. Amalkan makan sayur daun ini, insyaAllah lebih ceria kerana mendapat pemakanan yang lengkap. Orang yang ceria biasanya panjang umur. Jadikan sayur daun moringa sebagai hidangan tetap untuk keluarga, supaya anak-anak lebih ceria, cerdas dan pintar... " mmm..nampak gayanya kena tanam la pokok nih..masalahnya nak tanam kat mana yekkkk..

Munggai...Murukai..Kelo..

Image
Saya panggil munggai..ada yang panggil kelo...ada jugak yang panggil murukai...tak kisahlah apa nama pun..tapi memang peberet saya...ni lah kisahnya terjumpa masa hari minggu lepas semasa cari barang dapur di Checkers...dah lama tak masak munggai..ishh memang kena beli la... (padahal kat kampung siap ada pokok depan rumah mak abah) tak muda sangat..tapi dah teringinnnnn sangat..beli jugakk.. bleh tahan jugak harga sekilo...dah nak macam ayam daging plak yer...saya beli lima batang jer.. tengah masak..nyam nyam...paling best kena campur udang, kacang dhal dan telur.. dah siap..jom makan..