SepetangDiTanjung Dawai..

Antara destinasi wajib saya tiap kali balik kampung ialah Tanjung Dawai..ia merupakan kawasan perkampungan nelayan yang menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Kedah.  Tujuan utama untuk membeli stok ikan bilis dan belacan...selain itu dapat juga mengambil angin petang di samping menyaksikan keindahan matahari terbenam..tapi kali nih ubah tempat sikit.. saya ke kawasan tepi pantai Singkir Laut ...belum sempat terbenam sepenuhnya pun..tapi sempatlah menikmati indahnya pemandangan..subhanallah..

arked tanjung dawai menempatkan peniaga yang menjual pelbagai barangan seperti ikan bilis, ikan kering, sotong kering, udang kering, pelbagai keropok dan macam-macam lagi..
satay ikan antara yang menjadi kesukaan anak-anak..
pelbagai jenis keropok...antaranya keropok ikan, keropok sayur, keropok udang...
selain arked, terdapat juga kedai di tepi jalan yang menjual barangan sedemikian...jadi tak perlu risau kalau terlupa/tertinggal nak beli apa-apa masa di arked tadi..
sunset n me..
subhanallah..indahnya alam ciptaanMU..
satu lagi kesukaan saya..bendang yang menghijau...feel fresh..


Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..