satu malam di wafa homestay..

Dah lama rasanya tak pergi bercuti....saya cadang nak pergi Cameron Highland pada 22 Jun..tapi bila  call Equatorial Hotel fully booked pulak...jadinya tukar tarikh ke 29 Jun 2013 ...tapi tetiba hari jumaat 21 Jun tu dah rasa nak pergi sangat-sangat ..jadi try cari hotel lain..semuanya penuh..sudahnya cari homestay..try call Marina Chalet di Kg Sedia, lama menunggu tak berangkat pula...akhirnya terjumpa Wafa Homestay..tengok blog macam okay je..so bookinglah untuk 1 malam..rm250..

Setiba di sana, saya terus call pn. hawa yang menguruskan homestay tersebut..tunggu di depan maybank dan terus dibawanya ke homestay di Carnation Park. Saya mula rasa ragu-ragu bila sampai di blok berkenaan..husband pun nampak sama...namun sama-sama tidak berkata apa-apa...kami di bawa ke tingkat 2 blok berkenaan..mmm..yang saya tengok iklan kat blog tu tingkat 1..apasal plak jadi tingkat 2 nih...apa yang boleh saya katakan ialah..biliknya ok tapi kawasan sekitarnya tak ok..memandangkan kawasan ini merupakan kawasan perumahan, maka parking agak penuh dan sempit..laluan koridor juga gelap dan kurang bersih..

Kebetulan malam itu, terdapat jiran India di tingkat bawah mengadakan majlis harijadi..adoiiii...bising teramat sungguh dengan pelbagai muzik yang dipasang terlalu kuat...mmmm...terpaksalah pekakkan telinga...nak keluar jalan-jalan pun tak boleh sebab kereta dah kena block dengan khemah dan kereta-kereta tetamu majlis tersebut...nak tak nak hampir pukul 12 malam baru selesai..
bilik air nih ada water heater tapi takde toilet..yg ada toilet di depan tapi takde water heater plak..sejuk wehhhh..sudahnya kena isi air dalam baldi dan angkut sendiri la kalau nak ke toilet..
dan katanya juga ada sediakan set bilik mandi..tapi takde pun...
bilik ketiga..aiman n syamil tdo sini..
ruang dapur....kata ada sediakan set teh kopi tapi takde  jugak...
ruang tamu....kusyen sangatlah keras.....bolehla..bolehla..
lantai sangat sejuk..lebih baik jika sediakan selipar untuk dipakai..
Daripada pemerhatian saya, homestay yang saya dapat ini jauh berbeza dengan apa yang dapat dilihat di blog berkenaan..mungkin juga pengusaha ini mempunyai lebih dari satu unit homestay.. ..apapun nampaknya ini akan jadi kali pertama dan terakhir saya ke sini..

Comments

Wafa Homestay said…
Salam Puan,

Saya dari Wafa Homestay. Izinkan saya memberi maklum balas terhadap komentar puan terhadap wafa homestay. Sebenarnya, saya hanya mempunyai 1 homestay sahaja dan gambar dari homestay di atas bukanlah wafa homestay. Pada tarikh berkenaan, homestay kami ditutup buat sementara untuk kerja-kerja pembaikan rumah, jadi saya percaya Puan Hawa telah memberikan puan homestay pemilik lain untuk puan menginap. Maafkan kami jika jangkaan yang puan sepatutnya terima tidak memenuhi ekspektasi kerana ini bukanlah homestay kami.

Walaubagaimanapun, saya amat berharap agar jika ada kelapangan dan rezeki, puan berhubunglah dengan saya bagi merasai sendiri pengalaman menginap di wafa homestay. Saya boleh dihubungi di talian:

019-363 8023 - Sharifah.

Terima kasih puan.

Yang benar,
Puan Sharifah Wafa
Pemilik Wafa Homestay
Cameron Highlands

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..