pindah rumah

Secara rasminya saya berpindah masuk ke rumah baru pada sabtu, 25 mei 2013...
Banyak jugak barangan yang diangkut ..dan banyak juga yang masih belum diangkut sehingga hari ini...saya bercadang untuk menyewakan rumah lama tapi masalahnya camna nak disewakan, belum habis kemas..setakat ini telah ada 5-6 orang bertanyakan rumah tersebut..apa nak buat, tak dapatlah nak janji apa-apa buat masa ini,  Saya bercadang nak makeover dulu sebelum sewa..
Namun kerja-kerja pengubahsuaian mengikut pemerhatian saya, masih ada perkara yang belum siap sepenuhnya oleh pihak kontraktor..Mr Hubby suruh saya pejam mata saja..katanya kalau tengok details sampai bila pun tak siap-siap...dan tak pindah-pindah...mmmm...sebenarnya ada beberapa perkara yang saya tak berapa puas hati ..tapi cam malas la plak nak argue ..buatnya nanti tak pasal-pasal bermasam muka plak..

sebahagiannya yang masih belum kemas sehingga kini..
barang dapur semua masuk dalam plastik hijau saja...senang..
jangan terbuang ke tong sampah sudahh
where to start..
buat masa nih, sini sahaja tempat yang lepak yang sesuai..bolehlah..

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..