Posts

Showing posts from November, 2016

buah kering beku..

Image
baru baru nih semasa ke tesco mencari barang keperluan rumah terjumpa pula paket buah buahan kering ni..rupanya ada banyak jenis buah yang boleh dikeringkan ...baru saya tahu buah yang saya tak pernah tengok kering pun ada seperti manggis..durian..rambutan..tapi bila tengok harga yang boleh tahan jugak tu..tak jadila beli..simpan buat rujukan je lah..hehe..tapi bagus juga cara ni..jadinya bila ada banyak lebihan buah tu takdalah terbuang membazir camtu jer..bila dikeringkan camni bila-bila masa nak makan pun boleh..sentiasa ada..good job!!

upsr dan hari graduasi syamil..

Image
keputusan upsr syamil dah keluar 17hb Nov 2016 yang lepas... upsra pula sehari sebelum tu.. upsr dapatlah 1A, 3B, 2 C manakala upsra pula Jaid....alhamdulilah...tak perlu bersedih..jauh lagi perjalanan..dan banyak lagi peperiksaan yang bakal ditempuhi.. malamnya keluar makan-makan kat resoran pizza hut.. almaklumlah tekak western ajerrr ni pula masa hari graduasi di intekma shah alam.. muka kena posing tengah panas terik.. bersama beberapa rakan yang mungkin selepas ini entah bila pula akan bertemu.. kenangan tahun 6...

alfatihah untuk pak lang halim...

Image
pagi ini mendapat satu lagi perkhabaran duka..bapa saudara yang saya kenali sebagai pak lang halim meninggal dunia pukul 4.30 pagi tadi akibat stroke setelah kira-kira tiga hari dimasukkan ke hospital..aruah berusia kira-kira 72 tahun..mempunyai lima orang anak dengan dua daripadanya telah berkeluarga..isteri pak lang merupakan adik mak yang ketiga..semasa saya bersekolah di sungai petani, saya agak kerap mengunjungi rumah pak lang kerana rumahnya terletak berhampiran dengan asrama saya....rasa agak terkilan juga kerana tidak sempat menziarahi pak lang semasa balik kampung tempoh hari..alfatihah ... moga-moga digolongkan bersama mereka yang beriman..aamiin..