Posts

Showing posts from September, 2014

Taman Tasik Cyberjaya..

Image
Saya nih nama je keja kat Cyberjaya..tapi kalu tanya tempat-tempat lain selain ofis sendiri..mmmm..ke laut laaa..cam baru-baru nih saya kena attend satu kursus di Auditorium Tasik, Taman Tasik Cyberjaya..saya memang biasa la nampak entrance Taman Tasik Cyberjaya kat area traffic light tu..tapi tak pernah masuk pun..so memang tak tahulah apa yang ada di dalam..nampak kat luar cam just ada parking dengan pokok-pokok je..sekali bila dah masuk....oooooo camni rupanyaaa...sebenarmya taman tasik nih  bersambung dengan Kelab Komuniti Cyberjaya yang terletak hanya bersebelahan...Kelab Komuniti dah selalu la pegi.. nih Pusat Informasi Pelawat.. penyediaan 'ramp' camni bagus terutamanya bagi golongan yang tak larat daki anak tangga.. laluan kaca ke bawah inilah terletaknya Auditorium Tasik.. sebahagian pandangan tasik..

Next Projek...

Image
Masa p IKEA ari tu, dah nak keluar ternampak plak meja nih..cantikk..i likeeee...plan nak beli letak kat hall atas..nak set up kan cantik-cantikkkkk...tapiiii..sebab hall kat atas tu belum kemas lagi, jadinya postponed kejaplah..nak kena bagi clear dulu baru boleh beli meja nih.. harga nampak  dah ok sangat dah tu.. nampak kemas sangat warna putih ni kan.... nih la model tetap saya..hihi

Akiff @ Lawatan Ke Muzium Coklat..

Image
Cuti sekolah minggu lepas Akiff p lawatan lagi..kali nih p Muzium Coklat kat kota Damansara..kakak, angah n Syamil pun ikut jugak...kalau tunggu abah n mama nak bawak p sana ..mm entah bila la nak p kan.. muka happy nak naik bas..budak-budak sekarang excited betul kalau dapat naik bas kan.. tengah dengar penerangan pasal coklat le kot nih.. tengok proses pembuatan coklat.. sebahagian yang ikut.. suasana atas bas... jenuh le cikgu mengepung..tq teachers!!!

Oh..Tipah Tertipu..

Image
Nampak benda nih kat Tesco..cam murah je RM 8..terus amik..bila time nak bayar rasa cam pelik pulak apasal cam banyak benau kena bayar..amik barang tak sampai sepuluh pon..barang pulak semua harga kurang dari sepuluh hinggit satu..tak puas ati betul...tapi bayar je la dulu..malas nak bising kat kaunter tu..lepas tu, barulah check resit..rupanya benda alah nih RM18.60!!! Terkojut den...terus masuk balik dalam Tesco nak check rega..rupanya tak ada harga kat situ..yang ada harga tu benda lain....mmmmmm..saja laaaa tuuuuu..terus saya pergi service kaunter..cakap nak pulangkan balik..nasib baik budak kat kaunter tu ok..takde tanya banyak hal..terus amik resit dan pulangkan balik duit...lepas nih kena lebih berhati-hati la..peringatan untuk diri sendiri.. pandai betul la depa nih mengaburi mata orang...sah-sah la orang dok nampak yang 8.00 tu..bukan nak baca panjang lebor (saya la tuh)

Undangan Perkahwinan @ Ndah, Shah Alam..

Image
Sabtu lepas saya menghadiri majlis perkahwinan anak jiran yang diadakan di Dewan Ndah, Shah Alam..time camni la nak kenal-kenal jiran kan..kalau tak, takde sempatnya..ni la first time pergi kenduri di sini..nampak dari luar cam biasa je..bila masuk dalam..mmm boleh tahan....memang luas dan cantik hiasan dalamannya..sambil makan saya ada tengok pamplet pakej perkahwinan yang diletakkan atas meja makan..paling rendah rm35,000..paling mahal pula rm 75,000...hmmm...bukan senang nak kahwin zaman sekarang kan... lagi hiasan di bahagian belakang untuk bergambar.. i like this... suka sangat tengok laluan pengantin ke pelamin nih..tu yang snap gambar berkali-kali.. ruang desert, teh tarik, kopi panas dan kuih muih di hadapan tangga..hidangan buffet nasi beriani pula di bahagian tepi .. pandangan dari sisi meja tempat saya ..

Mengenang Tragedi Pondok Pak Ya..

Image
Dua malam berturut-turut saya melayan tv..sesuatu yang jarang-jarang berlaku! Malam pertama tanpa sengaja saya tertengok telefilem Pondok Pak Ya... malam kedua pula dokumentari yang memaparkan tembual dengan bekas pelajar, pengetua, guru dan kerani yang terlibat secara langsung dalam kejadian kebakaran tersebut...masa berlalu rupa-rupanya telah 25 tahun kejadian tersebut..rasanya saya masih di sekolah menengah ..waktu tu, saya tak ambil tahu sangat..cuma memang tahu ada berlaku kebakaran di Pondok Pak Ya dan ramai yang meninggal dalam kebakaran itu..setelah menonton telefilem dan dokumentari barulah saya lebih jelas dengan apa yang berlaku pada malam tersebut..rasa sedih dan sayu mengenangkan mereka..namun yang pasti mereka pasti sedang berbahagia di sana..anak-anak kecil tanpa dosa..meninggal pula ketika sedang menuntut ilmu..     gambar: credit to taufikiahpondokpakya.edu.my

Masalah Dunia

Image
rasanya semua orang ada masalah nih sekarang..di mana- mana sahaja..bila-bila sahaja..saya pun tak terkecuali..

Suami vs Isteri

Image

Family Day @ Wet World Shah Alam...

Image
Sabtu lepas kelab sukan opis buat family day kat wet world shah alam..saya joint la sebab dekat je dengan rumah kannn..klu tak p kang tak pasal-pasal nanti tetiba kena cop anti sosial plak..bawak syamil dengan akiff je..akiff masuk pertandingan mewarna dapat no 4..dapat la hadiah bekas tupperware ..cantikkkk..syamil pulak tak nak masuk apa-apa..nak main air je..ramaiiii yang joint..dekat seribu orang jugak plus family..penuh la wet world dengan ornag pakai baju biru hari tu..breakfast dan lunch disediakan..siap dapat aiskrim lagi..sayangnya saya tak bertuah la pulak..tak sangkut satu pun nombor cabutan bertuah:(

Akiff Melawat Kilang Roti Gardenia...

Image
Hari nih akiff p  lawatan lagi..cikgu tadika dia buat rombongan bawak budak tadika umur 4, 5 dan 6 tahun melawat kilang roti gardenia di seksyen 26, shah alam...rasa nih dah kali kedua kot dia p situ..kilang roti high five pun dia dah pernah p jugak..saya jugaklah yang tak sampai-sampai..huhu