Posts

Showing posts from August, 2012

Hari Saringan KIK

Image
Semalam, saya menyertai kumpulan mytownnet mewakili Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan bertanding di peringkat saringan jabatan bagi menentukan kelayakan untuk bertanding di Hari Inovasi Jabatan yang akan diadakan pada awal September. Alhamdulilah, kumpulan saya termasuk dalam 3 kumpulan yang bakal bertanding di peringkat akhir..Tahniah untuk semua

Alhamdulillah....

Image
Hari pertama masuk kerja selepas bercuti panjang....penuh berdebar-debar sebabnya....ada reshuffle besar-besaran melibatkan pegawai J41, JPBD.... Akhirnya teka-teki terjawab jua...saya akan ke Majlis Perbandaran Sepang bermula 3 September 2012...Alhamdulillah..tak dekat sangat dan tak jauh sangat..cumanya kos akan bertambah terutamanya tol dan petrol..Insyaallah..moga segalanya akan dipermudahkanNya... Sebelum ini, saya memang pernah berkira-kira untuk bertukar angin..apatah lagi bulan september 2012 ini, genap empat tahun saya di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan ini. Saya perlu bergerak..untuk menimba pengalaman baru di tempat lain..Alhamdulillah..DIA mendengar permintaan hambaNYA yang lemah ini...

insyaallah

"dan jangan sekali-kali engkau mengatakan 'aku pastu melakukan itu besok pagi', kecuali (dengan mengatakan) 'insyaallah' .  Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah 'mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku lebih dekat (kebenarannya) daripada ini - Ayat 23-24, Surah Al Kahf.. Ayat inilah yang menemukan saya dengan Ustaz Don Daniyal lebih kurang dua tahun lepas. Saya masih ingat  pertama kali saya melihat beliau dalam rancangan Muhasabah Diri yang disiarkan oleh TV AlHijrah pada penghujung malam.  Waktu itu, tumpuan saya bukanlah kepada beliau tetapi kepada ayat yang dilontarkannya...Ayat yang membuatkan saya merenung kembali diri sendiri..betapa kadang-kadang lemahnya kita hingga terlupa untuk mengatakan 'insyaallah' dalam apa jua perbuatan yang kita lakukan...

salam bukan mahram....

Image
Peringatan untuk diri sendiri..moga dapat diamalkan sebaiknya... Berjabat salam sambil menitipkan perkataan ‘Assalamualaikum’ memang antara amalan biasa bagi kita yang beragama Islam.  Bahkan bersalaman tu pun memang antara sunnah junjungan besar Rasulullah SAW.  Tapi  bukan semua orang kita boleh salam terutamanya yang berlainan jantina dan bukan mahram kita.  Walaupun  jauh lagi tua daripada kita sekalipun ianya belum menjadi  passport untuk kita main redah je ikut suka. Saya pun kadang-kadang menghadapi dilema yang sama terutamanya masa pagi raya.  Seingat saya, bukan suatu amalan keluarga  bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan tatkala berjumpa.  Mungkin kerana ianya bukan merupakan budaya orang sebelah utara ataupun lebih tepat lagi keluarga saya. Seingat saya, saya hanya akan bersalam dengan bapa saudara yang merupakan adik beradik sebelah emak dan abah sahaja.   Namun, apabila menjadi seorang menantu, ditambah pula dengan bilangan ipar duai yang agak ramai berba

biskut badam

Image
Biskut Badam nih senang dan cepat jer buatnya...resepi pun simple sangat..dan terpaling penting, anak-anak suka!!! sebelum masuk oven selepas keluar oven

mencari lailatul qadar....

Image
10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung. Saya ingin berkongsi sedikit artikel yang dikeluarkan oleh laman : iLuvislam.com mengenai tanda tanda berlakunya Lailatul Qadar. Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama ter

ingat lima sebelum lima

Image

senyum:)

Image

20 Ramadan 1433H

Image
Alhamdulillah....Hari ke dua puluh berpuasa..insyaallah..sudah hampir kehabisan idea untuk sajian waktu berbuka dan bersahur. Walaupun ada banyak idea, tapi cabaran terbesar adalah untuk memastikan Syamil makan...nih yang agak sukar sebenarnya. Yang pasti, hampir setiap hari masa berbuka kena ada air soya..waktu sahur plak kena ada horlicks panas...nak senang tanya dulu semua orang nak makan apa time sahur..dan harapnya bila bangun tu, makanlah ya..petang nih plan nak masak bihun goreng dan cekodok pisang.  Teringat-ingat pisang dalam peti ais tu..blm sempat jadi cekodok lagi..hehe..teringin jugak nak makan roti jala..tu pun belum sempat buat lagi..nampak gayanya weekend je lah..

sikap buruk pemandu malaysia

Image
Perjalanan saya setiap hari dari Shah Alam ke Kuala Lumpur menyaksikan pelbagai karenah pemandu Malaysia. Memang betul apa yang pernah saya baca di media bahawa pemandu Malaysia  kurang sopan, tak kiralah lelaki ataupun perempuan. Kenapa saya kata begini?? Kerana memang begitulah gaya pemandu Malaysia pabila memandu....hilang rasa hormat, sopan santun yang sebelum ini diagung-agungkan.  Seolah -olah "jalan ini aku yang punya"...Masing-masing berkejar-kejar hendak cepat tiba di destinasi tanpa menghiraukan pemandu lain. Saya memang pantang betul kalau terjumpa pemandu yang tidak menggunakan lampu isyarat apabila mahu menukar haluan. Tolongla..mana la orang tahu apa yang ada dalam fikiran orang lain..perilaku sebegini amat menyusahkan orang lain. Satu lagi yang saya paling pantang apabila ada yang sesuka hati memotong barisan.  Sedap je datang terus potong lain..Apahal..orang lain penat le beratur..jangan la buat camtu..kesian la orang lain..Ini belum ambilkira lain-lain peel p

tidak boleh tidak

Image
Saya selalu berharap, suatu masa nanti, kalau ada rumah bertanah, saya nak tanam pokok-pokok ni...tidak boleh tidak... serai banyak kegunaannya dalam masakan,  so mestiiii ada... Pandan ada banyak guna..untuk masakan boleh, minuman boleh, hiasan pun boleh... Limau purut..paling penting daun untuk buat tom yam.. Kunyit....macam-macam kegunaannya... Lengkuas..nak buat rendang Kaduk..sedap buat ulam..awet mudaaa Cili padi..nak buat sambal belacan dan masak lemak cili api..fuhh Belimbing buluh... supaya senang saya nak masak sambal hitam pahang dan masak lemak udang + belimbing.. .

s.a.b.a.r

Image
Berurusan dengan ofis lawyer menjadikan kesabaran saya makin menipis... Please la..dont give me answer : 'saya tak tahu'... Please la..uols doing the same procedure every day..and me..not everyday buying house!!! Takkan la i plak nak kena ajar uols apa nak kena buat.. We pay you to advise us, not to just answer ' saya tak tahu'.. Ya Allah..tingkatkanlah kesabaran hambaMu yang lemah ini...permudahkanlah segala urusanku...

kenangan rumah tok dah

Image
Cantikkan rumah nih..nih rumah tok dah (mak kepada abah) di sebelah rumah abah...luarannya rumah ini nampak masih cantik..saya suka bahagian berandah tuh..masa saya kecik-kecik dulu, saya selalu bermain di berandah ini bersama sepupu-sepupu saya bila mereka ada di kampung.  Kami masing-masing akan memilih tingkap masing-masing utuk dijadikan spaceship (masa tu star wars, battle star galactica kan famous..) siap ada kapten lagi..abang sulung sayala yang selalu jadi kapten tu..saya plak jadi sorang pompuan tu nama maya..memang bestlah time nih..kadang-kadang kitorang panjat naik tingkap yang menghubungkan beranda ke ruang tamu rumah tok nih...makan pun ramai-ramai kat sini..memang seronok.. Tapi, bila tok dah tak ada (tok meninggal dunia tahun 2008), rumah nih dah terbiar tanpa penguhuninya..ya la masing-masing dah ada rumah sendiri..tapi saya sayang dans ayu sangat bila tengok rumah nih..sayang rumah yang menyimpan banyak nostalgia nih terbiar..kalaulah saya ada ruang untuk menempatka

senja @ pantai

Image
Remang senja waktu maghrib di pantai mengabang telipot menyimpan sejuta kisah...