Posts

Showing posts from October, 2013

45 minit..15k

Image
Pagi semalam semasa keluar menghantar anak ke sekolah, nampak banyak kereta parking dalam kawasan Stadium Shah Alam. Hairan juga ada apa dalam stadium awal-awal pagi tu.. Rupanya orang nak beli tiket untuk tengok bola Piala Malaysia untuk hari ahad nih...mmmm nampak benarlah bukannya peminat bola...nama je rumah dekat stadium tapi tak pernah sekalipun pergi tengok bola di stadium tu...

Sandiwara Cinta ..Republik

Tetiba tersuka plak dengar lagu nih..budak-budak kat rumah tu cam dah hafal..sampai si kecik Akiff pun pandai nyanyi lagu nih...mmmm.. ***Sandiwara Cinta*** Aku tahu ini semua tak adil aku tahu ini sudah terjadi mau bilang apa aku pun tak sanggup air mata pun tak lagi mau menetes Alasannya seringkali ku dengar alasannya seringkali kau ucap kau denganya seakan ku tak tahu sandiwara apa yang telah kalu lakukan kepadaku Jujurlah sayang aku tak mengapa jika nanti aku yang harus pergi ku terima walau sakit hati Mungkin ini jalan yang engkau mahu mungkin ini jalan yang kau inginkan kau dengannya seakan ku tak tahu sandiwara apa ceritanya apa aku tahu Jujurlah sayang aku tak mengapa biar semua jelas tak berbeza jika nanti aku yang harus pegi ku terima walau sakit hati

Penang mari...

Image
Buah tangan mr.hb yang baru balik out station dari Penang.. jeruk..mesti beli first time beli kaya nih..sedap jugak.. roti benggali..sebab pa panggil roti benggali....sebab dulu-dulu benggali yang jual roti nih..naik motor keliling kampung.....

Rim baru pulak...

Image
Takde angin, takde ribut, tiba-tiba saja kereta comel saya mendapat rim baru..tak pasal-pasal pun..tak ada plan pun.. Alkisahnya tayar belakang kereta pancit pada suatu pagi semasa saya hendak menghantar budak ke sekolah. Setelah ditukar tayar spare oleh mcgyver saya (mr.hb la tu), tayar yang pancit diletak dalam bonet kereta. Berhari-hari jugaklah tayar itu di situ sehinggalah tiba hari minggu. Cadangnya nak tampal tayar je pun, entah camna mr.hb buat keputusan nak tukar keempat-empat tayar pulak. Memang pun tayar tu dah patut diganti. Okaylah..tukarlah... Tengah sedap menikmati teh tarik semasa menunggu, tiba-tiba sorang pekerja kedai tu datang berjumpa hb suruh pegi tengok kereta. Katanya rim dah bengkok pulak..kena tukar rim sekali....mmmm...ok la..kasi tukar semua...tak pasal-pasal melayang rm1500 tau..mmmm...rezeki ko la kancil...

Mee Udang Sungai Dua..

Image
Dalam perjalalanan balik kampung tempohari, sempat singgah makan mee udang di Sungai Dua..ada dua gerai yang berhampiran di situ iaitu Aziz Mee Udang Pak Ngah dan Ida Mee Udang Sg. Dua..kedua-duanya nampak penuh dengan pelanggan......saya terus masuk ke gerai  Ida  Mee Udang...pesanan kami 3 pinggan mee udang..nasi ayam untuk Akiff...Syamil merajuk tak nak makan /minum...Alya plak pesan nasi goreng..sayangnya dalam keterujaan menikmati mee udang, terlupa pula nak merakamkan gambar mee udang tersebut. Bagi saya, rasanya sangat sedap..dengan 4-5 ekor udang yang besar dan segar..terasa kemanisannya..tapi mr.hb pula lebih suka mee udang yang pernah dimakan di Restoran Zetty, Changkat Jering..saya okay je mana-mana pun..asalkan udang segar, memmang sedaplah pada tekak saya..

jom bakar sate

Image
Aidil Adha lepas saya dan family balik ke kampung saya (yeayyyy) kerana abah  melakukan ibadah korban. Sayangnya giliran korban hanya akan dilakukan pada sebelah petang. Memandangkan kami akan balik semula ke Shah Alam pada petang raya berkenaan dan tentunya tidak dapat merasai daging korban, maka sehari sebelum raya abah bersusah payah ke pasar membeli daging untuk dijadikan juadah raya..nasi daging resepi mak! Selain itu, mak juga memerap daging ayam dan lembu untuk dibuat sate..seronoklah budak-budak nih kalau pasal bakar membakar nih.. Memang sedap sangat..bak kata aiman..sebab dibuat dengan penuh kasih sayang...alhamdulillah...

kek pelangi simple dan sedappppp...

Image
Lama betul rasanya tak buat kek, biskut dan yang sejenis dengannya..padahal masa bulan puasa tu saya dah awal-awal lagi beli bahan-bahan untuk buat kuih raya sejak pertengahan puasa. Tapi nampak gayanya ada bahan je la..kuihnya tak menjadi satu pun..hehe..bila ditanya, alasan saya..nantila..tunggu mood datang...jadinya sampai sekaranglah semua bahan tu masih elok lagi tak terusik... Baru-baru ni semasa blog walking tetiba terserempak dengan blog nih.. aziejaya.blogspot.com  yang sangat menarik...banyak menu masakan terutamanya masakan Kelantan memandangkan k.azie berasal dari sana dan merupakan penggemar tegar masakan Kelantan..haruslah saya cuba satu hari nanti.. Untuk kali nih, saya cuba buat kek pelangi berdasarkan resepi asal k.azie yang telah saya ubahsuai sedikit..namun rasanya memang tersangatlah sedappppp...jom layan gambar dulu.. Sebelum dikukus... lain kali kena pastikan tiap lapisan tu kena sama banyak....barulah nampak cantik.. nampak tak perbezaan  lapisan tu...