Posts

Showing posts from August, 2014

Sunnah Hari Jumaat...

Image

Belated Birthday Akiff...

Image
Hari nih cikgu taska Akiff buat sambutan besday bebudak tadika yang lahir pada bulan julai dan ogos..memandangkan ini tahun terakhir Akiff di tadika, saya amik kesempatan pergi shopping cari barang di Checkers Seksyen 15 untuk buat goodies pax..ramai betul orang..beratur panjang jugak nak membayar..saya suka pergi Checkers bila nak buat goodies pax nih sebab ada banyak pilihan..senang kerja..balik rumah terus packing untuk 70 orang kanak-kanak termasuklah budak-budak transit..kek pulak saya beli di Bakers Cottage Seksyen 9.. jenuhle makan kek..meriahhh..rasanya nih yang grup 6 tahun.. nih pula kesemua yang sambut besday julai dan ogos.. sesi potong kek..jangan berebut sudah... cikgu cikgi pun nak joint jugak... lagi gambar untuk kenangan..dah sekolah nanti tak tahu la bila lagi nak jumpa kan.. nampak cam akiff paling besar antara semua kawan-kawan.. adikkk....apasal tarak senyummmm.. semua dah keliling meja tunggu kek..

Kek Karot Sedap...Cubaan Pertama..

Image
Inilah kali pertama saya cuba buat kek karot..memang tak pernah buat sebelum nih..tak  sangka pulak senang sangat membuatnya..dan rasanya..memang sangat sedapppppp... rupa tak berapa cantik..especially cream cheese tu..tapi boleh dimaafkanlah yer...tapi rasanya memangggggg tersangat sedappppppp..tarak tipu punya... Resepi nih saya dapat dari blog kak azie..boleh tengok kat sini http://aziejaya.blogspot.com ..blog kak azie nih kalau tengok memang sedap-sedap belaka..minta halal ye kak azie..saya mohon kongsikan di sini.. Kek Karot Bahan-bahan: 1 1/4 cawan minyak jagung 4 biji telur 120g gula castor 120g gula perang 250g tepung gandum 1 sudu kecil baking soda 1/4 sudu kecil garam 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis 100g walnut (panggang dan cincang kasar) 2 cawan karot (parut kasar) 100 g kismis (saya tak letak) Cara-caranya: 1. Putar telur dengan gula hingga kembang. 2. Masukkan minyak dan putar lagi. 3. Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk k...

Al Baqarah: 286

Image

Ice Bucket Challenge....

Image
Semalam saya ditunjukkan suami viral di fb mengenai Ice Bucket Challenge..siap tunjuk KM Pulau Pinang pun buat ice bucket challenge nih...mmmm....apa kebenda tuuu..nampak benar le saya nih ketinggalan keretapi nih.....ishhh..so pagi nih amik masa sikit mengugel kejap cari pasal nih dan bolehla kongsi sikit kat sini..info nih saya dapat daripada astrowani.com.. ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan  tiga orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika mereka yang dicalonkan tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan USD100 ke Yayasan ALS. Ini bertujuan bagi mengutip derma untuk membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar untuk penyakit tersebut. Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang dirasai adalah sama dengan apa yang dirasai oleh penghidap penyakit...

Menjenguk Melur dan Ros Jepun...

Image
Jom kita cuci mata kejapppp.. pokok bunga melur nih rajin betul berbunga..saya suka sangattt..wangiiiiii...rose jepun nih pulak walaupun tak wangi tapi warna yang sangat ceria itu selalu membuatkan hati saya senang, aman dan nyaman.. .

Bunga Kuchai...

Image
 First time tengok bunga kuchai nih..cantikkkk..kalau tanam banyak-banyak dan berbunga cam boleh buat pokok hiasan gak nih..err..bunga kuchai nih boleh makan tak....

Masjid Seksyen 7 Shah Alam...

Image
Sabtu lepas berkesempatan singgah di Masjid Seksyen 7 setelah selesai jamuan rumah terbuka yang diadakan oleh jiran-jiran rumah lama di Seksyen 7...masjid ini masih dalam pembinaan semasa saya hendak berpindah..kalau tak silap jangkasama mula pembinaan adalah hampir sama dengan Masjid Naza di Seksyen 13...masjid ini telah mula digunakan semasa Ramadan yang lalu..masjid ini hanya terletak di seberang jalan dari rumah lama saya..cuma saya rasa alangkah baiknya jika pihak berkenaan dapat menyediakan jejantas  untuk lebih memudahkan penduduk di seberang jalan hendak ke masjid memandangkan jalan utama yang sentiasa sibuk dengan kenderaan yang boleh tahan tidak putus-putus... comel bebenor tanda nama kat luar nih.. di belakang masjid ialah dua blok apartment baru yang telah siap dibina sepenuhnya..kalau tak silap saya harga jualan seunit semasa mula dilancarkan tiga tahun lalu ialah 350k.. pandangan ruang masuk ke bahagian solat wanita dari bahagian kiri masjid.. pandanga...

22 Ogos 2014..Malaysia Berkabung...

Image
Sesungguhnya inilah saat paling hiba bagi seluruh rakyat Malaysia..menatap ketibaan 20 jenazah dari Amsterdam amat pilu dan hiba sekali..meskipun kita tak punya apa-apa pertalian darah...namun kesedihan itu sama dirasai..namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...hanya doa yang mampu dititipkan buat waris mangsa...moga bersabar dan redha...benarlah bagai di kata..setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..ini juga merupakan satu peringatan dariNYA kepada kita semua..moga ada kebaikannya buat kita semua..

Avokado dan Saya....

Image
Avokado bukanlah buah kegemaran saya..dengan kata lain, tak pernah sekalipun masuk dalam senarai buah yang biasa saya beli di pasaraya..biasanya saya akan beli oren, epal, pisang, betik..sesekali kiwi..tembikai..kadang-kadang bila makan di Restoran Wong Solo Seksyen 7 ternampak juga pilihan Jus Apulkat (avokado le tuuu)..tapi tak pernah jugak saya teringin nak order...tapi akhir-akhir nih..kerap pulak saya nampak buah avokado bila balik rumah mak abah..ada kenalan mak yang tanam pokok tu dan berbuah banyakkkkk..jadi dapatlah merasa buah avokado..bagi saya tak de la sedap sangat..rasa plain je..kena makan dengan something baru sedap..tapi khasiatnya banyakkkk..nih antara yang saya godek-godek dalam google nih.. 1) Mengawal tekanan darah - merupakan sumber besar kalium yang dapat membantu mengawal paras tekanan darah.. 2) Menggalakkan  kesihatan mata - mengandungi sumber lutein karotenoid yang sangat baik yang dapat membantu melindungi mata dari katarak.. 3) Melindungi dari k...

Basikal Baru Akiff..

Image
Sabtu..sejak pagi lagi Akiff dah merengek minta dibelikan basikal baru..sakit jugak la telinga dok dengar bebelan dia..tapi saya buat tak layan je sebabnya hujan dari subuh lagi..aihhh..tak kuasalah saya nak keluar dalam hujan-hujan camtu..apa-apa pun tunggu je lah sampai petang..hihihi..lagipun petangnya ada jemputan kenduri dan open house..kiranya plan saya nanti keluar sekali jalanlah...petangnya on the way balik dari kenduri tu dia tuntut la janji pagi tadi..hal-hal camni takde lupanya die..so sebab dah janji kan..kena la ikut...mula-mula cadang nak pergi kedai basikal kat seksyen 13..kedai tu dia dah pergi tengok dengan abahnya..harga untuk basikal budak dalam rm300..standardlah tu kot untuk area situ...then tetiba teringat pulak ada terbaca dalam forum Shah Alam Residen ramai yang suggest kedai basikal di TTDI Jaya..apalagi teruslah ke sana..kedai nih kedai lama setingkat..berhadapan jalan besar..belakang kedai tu ada kedai Az Zain, 7E dan beberapa kedai runcit...pilih punya pil...

Jamuan Raya Tertutup Ofis..

Image
Majlis jamuan raya tahun ni diputuskan dibuat untuk kakitangan sahaja secara tertutup sebagai menghormati negara yang masih bersedih atas peristiwa tragik MH 17..tidak sebagaimana kebiasaan diadakan di luar bangunan dengan khemah dan pelbagai gerai..kali ini hanya diadakan di dalam bangunan dengan  meja-meja untuk meletak hidangan..antara menu yang disediakan ialah nasi beriani, sate, bihun goreng, ayam golek, laksa, popiah,roti jala, puding, aiskrim, cendol..makanan boleh tahan banyak lagi sampai ke petang...sayang pula  tengok makanan yang banyak, saya bungkus jugak roti jala untuk bawak balik..  

Raya Lagi @ Denai Alam..

Image
Kali nih sesi beraya di rumah Sarina kat Denai Alam pulak..lebih meriah dengan kedatangan seorang rakan bersama baby made in germany..menu istimewa kali nih..stimboat..memang bestlah..kena plak time tu hujan..makan pulak kat luar..memang terbaiklah..tima kasih tuan rumah..lain kali buat lagi yekkkk