Basikal Baru Akiff..

Sabtu..sejak pagi lagi Akiff dah merengek minta dibelikan basikal baru..sakit jugak la telinga dok dengar bebelan dia..tapi saya buat tak layan je sebabnya hujan dari subuh lagi..aihhh..tak kuasalah saya nak keluar dalam hujan-hujan camtu..apa-apa pun tunggu je lah sampai petang..hihihi..lagipun petangnya ada jemputan kenduri dan open house..kiranya plan saya nanti keluar sekali jalanlah...petangnya on the way balik dari kenduri tu dia tuntut la janji pagi tadi..hal-hal camni takde lupanya die..so sebab dah janji kan..kena la ikut...mula-mula cadang nak pergi kedai basikal kat seksyen 13..kedai tu dia dah pergi tengok dengan abahnya..harga untuk basikal budak dalam rm300..standardlah tu kot untuk area situ...then tetiba teringat pulak ada terbaca dalam forum Shah Alam Residen ramai yang suggest kedai basikal di TTDI Jaya..apalagi teruslah ke sana..kedai nih kedai lama setingkat..berhadapan jalan besar..belakang kedai tu ada kedai Az Zain, 7E dan beberapa kedai runcit...pilih punya pilih..akhirnya basikal biru menjadi pilihan..harga bagi saya agak berbaloi dengan kualiti...rm240..saya sempat jugak intai harga basikal lipat ..rasanya cam kena pergi lagi kot minggu depan..
rupanya brand basikal yang baru nih sama dengan yang lama...yang baru nih cuma lebih panjang sikit..
Akiff dah lama terror naik tanpa roda dua..rasanya saya dulu dah sekolah rendah baru pandai kot..
dah dapat basikal nih tak kira masa lah..tengahari panas pun nak berbasikal jugakkk...
okeh..okeh..nih yang last..terpaling lastt..

nih lah harga asal ..harga yang saya dapat tu dah lepas diskaun..

Comments

alia said…
Salam sis..nak tanya sikit la..kdai basikal tu apa namanya yer?harga kat situ ok x bg basikal utk org dewasa?kalau sy dr flat jaya tu mcm mana nak ke kdai tu yer?
aa said…
wsalam..ni nama dan alamat kedai tu..Kedai Basikal TTDI Jaya, 25, Jalan Opera K, U2/K, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, 40150, Shah Alam, Selangor..kalau dari flat sebelah petronas tu terus je..then masuk simpang kiri yang cam nak ke Masjid tu...kiri lagi..terussss sampai hujung dan belok kanan..akan nampak kedai basikal tu dalam deretan kedai-kedai nih..

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..