Kek Karot Sedap...Cubaan Pertama..
Inilah kali pertama saya cuba buat kek karot..memang tak pernah buat sebelum nih..tak sangka pulak senang sangat membuatnya..dan rasanya..memang sangat sedapppppp...
rupa tak berapa cantik..especially cream cheese tu..tapi boleh dimaafkanlah yer...tapi rasanya memangggggg tersangat sedappppppp..tarak tipu punya... Resepi nih saya dapat dari blog kak azie..boleh tengok kat sini http://aziejaya.blogspot.com..blog kak azie nih kalau tengok memang sedap-sedap belaka..minta halal ye kak azie..saya mohon kongsikan di sini.. Kek Karot Bahan-bahan: 1 1/4 cawan minyak jagung 4 biji telur 120g gula castor 120g gula perang 250g tepung gandum 1 sudu kecil baking soda 1/4 sudu kecil garam 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis 100g walnut (panggang dan cincang kasar) 2 cawan karot (parut kasar) 100 g kismis (saya tak letak) Cara-caranya: 1. Putar telur dengan gula hingga kembang. 2. Masukkan minyak dan putar lagi. 3. Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus diputar. 4. Masukkan karot dan walnut. Kacau rata dengan spatula sahaja. 5. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah. Cream Cheese Bahan-bahan: 1/2 cawan cream cheese 1/4 cawan mentega 1 cawan gula icing 1 sudu kecil vanilla extract Cara-caranya: 1. Putar cream cheese dan mentega. 2. Masukkan vanilla. 3. Masukkan gula. 4. Putar sebati. |
Comments