Avokado dan Saya....

Avokado bukanlah buah kegemaran saya..dengan kata lain, tak pernah sekalipun masuk dalam senarai buah yang biasa saya beli di pasaraya..biasanya saya akan beli oren, epal, pisang, betik..sesekali kiwi..tembikai..kadang-kadang bila makan di Restoran Wong Solo Seksyen 7 ternampak juga pilihan Jus Apulkat (avokado le tuuu)..tapi tak pernah jugak saya teringin nak order...tapi akhir-akhir nih..kerap pulak saya nampak buah avokado bila balik rumah mak abah..ada kenalan mak yang tanam pokok tu dan berbuah banyakkkkk..jadi dapatlah merasa buah avokado..bagi saya tak de la sedap sangat..rasa plain je..kena makan dengan something baru sedap..tapi khasiatnya banyakkkk..nih antara yang saya godek-godek dalam google nih..
1) Mengawal tekanan darah - merupakan sumber besar kalium yang dapat membantu mengawal paras tekanan darah..
2) Menggalakkan  kesihatan mata - mengandungi sumber lutein karotenoid yang sangat baik yang dapat membantu melindungi mata dari katarak..
3) Melindungi dari kanser - boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan mencegah kanser payudara...
4) Menyembuhkan nafas berbau - bertindak melawan nafas berbau kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau..
5) Anti penuaan - kaya dengan antioksida untuk mencegah gejala penuaan, membantu meningkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan sistem saraf yang sihat..
6) Penjagaan kulit - minyak avokado dapat menyubur dan membuatkan kulit bercahaya..
7) Sumber kalori sihat - jumlah kalori yang tinggi iaitu 200 kalori bagi setiap 100 gram... kebiasaan buah lain hanyalah 60 - 80 kalori bagi setiap 100 gram..
8) Kesihatan jantung - mengandungi vitamin B6 dan asid folik..
9)Sumber terbaik vitamin E - membantu mengekalkan kesihatan secara keseluruhan..
10) Pelbagai vitamin -  mengandungi vitamin A, B, C, E dan kandungan galian yang tinggi
memandangkan banyak sangat khasiatnya, mak saya dah semaikan sepokok avokado di depan rumah saya..baru dalam sejengkal nih..harap-harap dapatlah membesar dan berbuah dengan banyakkkk..nanti bolehla makan buah avokado tiap-tiap hari..insyaalah..

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..