Ice Bucket Challenge....
Semalam saya ditunjukkan suami viral di fb mengenai Ice Bucket Challenge..siap tunjuk KM Pulau Pinang pun buat ice bucket challenge nih...mmmm....apa kebenda tuuu..nampak benar le saya nih ketinggalan keretapi nih.....ishhh..so pagi nih amik masa sikit mengugel kejap cari pasal nih dan bolehla kongsi sikit kat sini..info nih saya dapat daripada astrowani.com..
ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan tiga orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika mereka yang dicalonkan tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan USD100 ke Yayasan ALS. Ini bertujuan bagi mengutip derma untuk membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar untuk penyakit tersebut.
Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang dirasai adalah sama dengan apa yang dirasai oleh penghidap penyakit ALS. ALS atau disebut juga sebagai Lou Gehrig, adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang.Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
Cabaran mandi ais ini menjadi viral di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas Kapten Besbol Boston College, Pete Frates telah disahkan mengidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tersebut. Cabaran itu kemudiannya menjadi viral di media sosial dengan penyertaan ramai selebriti Hollywood seperti Justin Bieber, Lady Gaga, Dave Grohl dan ramai lagi.
Comments