Singgah Cameron Highland...

Esoknya dalam perjalanan balik,  singgah makan Mee Udang Zetty di Changkat Jering..mee udang lagi..tak jemu-jemu kannnn...layan jer..bercutilah katakan...
dapat tengok kulit udang je lah..hehe
Selesai makan naik ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai..cuaca nampak mendung..rupanya ini kali pertama kami naik melalui Simpang Pulai..biasanya naik ikut Tapah..sampai saja terus singgah Cactus Valley..layan mata sekejap...


Kemudian cuba bertanya hotel di Brinchang..alhamdulillah ada kosong di Star Regency Apartment..ambil apartment 2 bilik dengan harga RM 200 untuk 1 malam..kalau ambil apartment 3 bilik harganya RM 300...apartment sangat selesa..boleh datang sini lagi..selesai solat asar, turun berjalan dengan anak-anak ke medan jualan sepanjang jalan..sempat beli ubi rebus, strawberry coklat..apam balik buat alas perut sebelum makan malam... 

Selepas solat maghrib semua bersiap nak keluar, Akiff pula buat hal tak nak keluar sebab nak tengok kartun..ishhh..ada ke sebab tv tak nak keluar...puas dipaksa..akhirnya ikut juga..tapi bila sampai di tengah jalan,mengamuk-ngamuk dia nak balik bilik sebab nak tukar seluar..tak nak pakai treksuit..alahai budak hensem..nak pkai jeans saja...gerammmm....balik je bilik, tetiba blackout..tengok dari balkoni semua gelap..tiba-tiba nampak bunga api dari arah balai bomba depan balkoni.... 

Paginya hujan berterusan..bertambah-tambahlah sejuk..huhu...tak dapat nak keluar jalan-jalan..checkout dan terus pergi breakfast..apa pun tak beli..sayur ke buah ke bunga ke..memang singgah betullah..
breakfast nasi lemak kaler hijau..first time jumpa nih..
Perjalanan turun melalui Tapah..beberapa kali berhenti sebab Syamil tak tahan dan muntah...kemudian berhenti sekejap di Kuala Woh..tak sempat mandi manda di sini..akan diuruskan untuk datang lagi ke sini nanti...

papan informasi yang sangat menarik dan penuh informasi..
kebetulan waktu kami tiba, ada sekumpulan belia sedang mengadakan aktiviti beramai-ramai dalam air..
ada banyak rama-rama Rajah Brooke juga..
tak sempat naik jambatan gantung nih..pasti kena datang lagi...
Perjalanan diteruskan sehinggalah berhenti makan durian di RnR Tapah ...tertarik dengan cara penjualnya yang hanya menimbang menggunakan tangan..habis juga 2 biji durian kami walaupun sebenarnya baru saja habis makan tengahari..

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..