Dialog Bersama Ketua Polis Shah Alam..

Satu sesi dialog telah dianjurkan oleh persatuan penduduk taman perumahan saya dengan Ketua Polis Shah Alam, ACP Zahedi..majlis bermula seawal 8.30 pagi..sarapan turut disediakan..tepat pukul 9, tetamu jemputan sampai..majlis dimulakan dengan doa selamat ..dan seterusnya kata-kata aluan Presiden Persatuan Penduduk...Dato' Azaham...antara kata-kata beliau '...penduduk taman kita nih semuanya bagus-bagus..tak ada masalah pasal sumbangan..cuma kehadiran aktiviti kena dipertingkatkan....' memang pun nampak sangat bila ada aktiviti penyertaan memang kurang..kecuali Majlis Jamuan Raya..yang tu tersangatttt ramai...harap-harap lepas nih penyertaan penduduk bertambahlah...saya suka kalau dapat joint aktiviti sebegini..bukan apa...masa-masa macam ni lah baru dapat berkenal dengan jiran tetangga..kalau tak setakat senyum camtu je la..
kelakar jugak ketua polis nih..
inilah Presiden persatuan penduduk yang sangat komited...
tengok..kan lagi banyak kerusi daripada orang tuu..
Antara perkara yang dibangkitkan penduduk adalah tingkahlaku pemandu degil yang suka menggunakan laluan masuk ke taman perumahan untuk mengelakkan lampu merah..perkara ini sebenarnya di luar bidang kuasa polis..perlu merujuk kepada MBSA..mungkin nanti boleh adakan dialog dengan pihak MBSA pula...

Majlis berakhir hampir pukul 12.....jamuan makan tengahari turut disediakan....siap dapat tapau untuk seisi rumah...hahah..cuti masaklah saya...alhamdulillah..

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..