My December..


I love December very much....especially 31 December..its my birthday again..sound like a child..huh..seronok sangat..rasanya semua orang sangat happy bila tiba hujung tahun..hujung tahun juga bermakna cuti yang panjang, jualan murah di mana-mana, perayaan, kenduri kendara..seronoknyaaaa..tapi harus diingat..kerja juga banyak bila hujung tahun..semuanya perlu diselesaikan sebelum tahun baru..mmm...

Apa yang dah saya buat sepanjang Disember..so far saya dah balik kampung jumpa mak abah..dah jumpa adik-adik..anak buah..dah jumpa tok..dah makan mee udang di Pulau Sayak dan Changkat Jering...dah bercuti di Cameron Highland..dah makan durian di Tapah..dah bawak anak-anak bercuti walaupun hanya di Bagan Lalang..dah siap beli barang untuk sekolah..dah balik rumah mentua..dah pergi makan sate, mee bandung dan soto di Muar...juga dah menyusuri Sg. Muar...
pemandangan masjid di tepi sungai..ada dua buah yang sama di kiri dan kanan Sg,. Muar..yang ini merupakan masjid baru yang dibina khas mengikut ciri-ciri masjid sedia ada..
inilah bot yang digunakan untuk menyusuri Sg. Muar..boleh tahan juga..perjalanan pergi balik hampir 40 minit..walaupun kami naik waktu tengahari, rasa nyaman dengan angin bertiup yang hampir membuatkan saya terlena...
mee bandung muar yang amat special..
inilah kedai mee bandung yang selalu kami kunjungi..ramai kenamaan dan orang popular dah sampai ke sini..boleh tengok pada gambar-gambar tuan kedai bersama pelanggan yang dilekatkan di dinding restoran..

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..