selamat harijadi, abah..

Hari ini, 4 november, genap umur abah 70 tahun..pagi tadi saya dah call untuk wish selamat hari ulangtahun...alhamdulillah abah masih sihat dan boleh melakukan aktiviti seharian selepas pencen daripada jawatan guru kira-kira 15 tahun lalu..seingat saya semasa kecil, saya paling manja dengan abah..kalau nak apa-apa pun minta dengan abah, pasti dapat..agaknya sebab iras muka saya yang lebih mirip kepada abah..sehinggakan jika pertama kali berjumpa pun orang boleh mengecam saya kerana muka saya yang mirip dengan abah! 

Abah adalah anak kedua kepada pasangan Tn. Hj. Abdul Hamid Bin Hj. Abdullah (wan) dan Pn. Hjh. Che Dah Bt Hj. Said (tok)....memandangkan abang sulung abah meninggal semasa kecil, jadi abahlah yang menjadi sulung ganti dalam keluarga....abahlah yang bertanggungjawab menjaga keluarga setelah pemergian wan..wan meninggal agak awal..mak yang merupakan menantu sulung pun tidak sempat bertemu wan (mak berkahwin dengan abah pada tahun 1968)..adik-adik abah ada 7 orang..pak njang..pak lang..pak teh..pak tam..mak ndak..cu da dan pak cik..namun yang tinggal kini hanyalah mak ndak, cu da dan pak cik sahaja..yang lain juga telah pergi mengikut wan dan tok..tok meninggal pada tahun 2008 akibat sakit tua..

Doa saya moga-moga abah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan mendapat keberkatan serta kesejahteraan dunia dan akhirat..saya sayang abah!!!

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..