salam bukan mahram....
Peringatan untuk diri sendiri..moga dapat diamalkan sebaiknya...
Berjabat salam sambil menitipkan perkataan ‘Assalamualaikum’ memang antara amalan biasa bagi kita yang beragama Islam. Bahkan bersalaman tu pun memang antara sunnah junjungan besar Rasulullah SAW. Tapi bukan semua orang kita boleh salam terutamanya yang berlainan jantina dan bukan mahram kita. Walaupun jauh lagi tua daripada kita sekalipun ianya belum menjadi passport untuk kita main redah je ikut suka.
Saya pun kadang-kadang menghadapi dilema yang sama terutamanya masa pagi raya. Seingat saya, bukan suatu amalan keluarga bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan tatkala berjumpa. Mungkin kerana ianya bukan merupakan budaya orang sebelah utara ataupun lebih tepat lagi keluarga saya. Seingat saya, saya hanya akan bersalam dengan bapa saudara yang merupakan adik beradik sebelah emak dan abah sahaja. Namun, apabila menjadi seorang menantu, ditambah pula dengan bilangan ipar duai yang agak ramai berbanding keluarga saya, sedikit sebanyak menghakis amalan saya itu. Standard la kan bermaaf-maafan di pagi raya...Yala..bila tangan dah hulur , takkan la saya nak tolak pulak..Agak kurang manis pula untuk berkata tidak (walaupun sebenarnya itulah yang perlu saya katakan) ..sedangkan dalam hati tidak setuju dengan situasi tersebut..Saya masih memikirkan cara terbaik untuk menolak...Mungkin juga saya bimbang jika dikatakan hendak berlagak baik, sedangkan banyak lagi hal yang saya masih belum sempurna (kadang pakai stokin, kadang pakai tudung pendek, kadang tak pakai sarung lengan dan pelbagai lagi) . Padahal saya amat-amat jelas dengan siapa saya boleh bersalam dan dengan siapa pula tidak..
Harapan dan doa saya moga raya kali ini akan berubah kepada lebih baik.....moga-moga saya mendapat kekuatan untuk mengatakan sesuatu yang benar..moga dipermudahkan segalanya..
So di sini saya nak share satu infografik yang berkaitan bab salam ni yang saya dapat daripada Facebook. Apa pun kredit kepada hamba Allah daripada MFR Studio yang sangat kreatif dan dah berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan infografik yang bermanfaat ni. Moga dapat dimanfaatkan sebaiknya...

Comments