sikap buruk pemandu malaysia
Perjalanan saya setiap hari dari Shah Alam ke Kuala Lumpur menyaksikan pelbagai karenah pemandu Malaysia. Memang betul apa yang pernah saya baca di media bahawa pemandu Malaysia kurang sopan, tak kiralah lelaki ataupun perempuan. Kenapa saya kata begini?? Kerana memang begitulah gaya pemandu Malaysia pabila memandu....hilang rasa hormat, sopan santun yang sebelum ini diagung-agungkan. Seolah -olah "jalan ini aku yang punya"...Masing-masing berkejar-kejar hendak cepat tiba di destinasi tanpa menghiraukan pemandu lain. Saya memang pantang betul kalau terjumpa pemandu yang tidak menggunakan lampu isyarat apabila mahu menukar haluan. Tolongla..mana la orang tahu apa yang ada dalam fikiran orang lain..perilaku sebegini amat menyusahkan orang lain. Satu lagi yang saya paling pantang apabila ada yang sesuka hati memotong barisan. Sedap je datang terus potong lain..Apahal..orang lain penat le beratur..jangan la buat camtu..kesian la orang lain..Ini belum ambilkira lain-lain peel pemandu..seperti memandu terlalu perlahan di lorong paling kanan dan menyusahkan orang lagi..
Paling saya terkejut pagi tadi, semasa di persimpangan jalan ketika lampu isyarat bertukar merah sebuah kancil yang berada di belakang dua buah kereta di lorong kanan tiba-tiba bertindak bertukar ke lorong kiri dan membuat pusingan u betul-betul di hadapan kereta-kereta yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Bayangkanlah kalau tiba-tiba kereta di hadapan lampu isyarat itu pun bertindak gila sedemikian..siapa yang harus disalahkan..SALAHKAN DIRI SENDIRILAH JAWABNYA..

Comments