Posts

Showing posts from January, 2012

itik salai kuala pilah

Image
Ini kali pertama saya membeli itik salai di Kuala Pilah.... Saya cuma ambil separuh sahaja , harganya RM 25..  mm..seekor tentulah RM50 kan..agak mahal juga..tak pe lah..sesekali kan... itik salai bergantungan...pilih oo pilih... dah siap dipotong..menunggu waku masuk ke periuk.. masak lemak cili api siap.. Sampai je di rumah, terus google resepi itik salai..jumpa kat sini ww.kakinakl.com ...mohon share yer k.ina..(dengan ubahsuai mengikut  citarasa sendiri) Bahan-bahan: 1/2 ekor itik  batang serai santan pekat air asam keping daun kunyit ubi kentang-potong 6  garam    10  biji cili api-kalau nak pedas boleh tambah lagi  kunyit hidup  halia Cara-cara: - Tumbuk lumat cili api bersama bahan lain dan masukkan bersama-sama itik tadi. - Titikan hujung serai dan masukkan kedalam periuk. - Masukkan santan pekat dan air dan hidupkan api sederhana dan kacau sehingga santan mendidih...

shopping tahun baru cina@jusco

Image
  Beginilah suasana di Jusco Bukit Raja pada petang jumaat yang indah sebelum cuti tahun baru cina..Saya dah agak lama tidak ke sini..jadi kuranglah pasti adakah ini suasana biasa atau luar biasa..hhehe..apapun, yang nyata..memang lengang sekali..tapi..saya suka sebab saya berjaya mendapatkan ini...lots of thanks to my dear.. akhirnyaaaa...

distress day rnd

Image
Hari ini,  rnd mengadakan disterss day di samping meraikan for our loving director, dr. Dahlia Rosly and her PA, kak Siti yang akan bertukar ke HQ...hari ini juga bersamaan juga dengan besday DD yg ke 56... Acara bermula dengan majlis bacaan doa selamat, breakfast dan seterusnya senamrobik... sebahagian warga lelaki rnd..sedang khusyuk dan tawadduk.. bersalam-salaman... mengeratkan persahabatan dan persaudaraan... sebahagian warga wanita rnd..saling berpelukan mengeratkan silaturrahim..insyaallah.. meja sarapan utama..dipenuhi pelbagai makanan.. su and me..having bihun goreng bungkus daun pisang.. su and me again..ada sama ka?? aksi  makcik-makcik sibuk di pantry kecik rnd.. posing jap.. yang diraikan.. chua and suzy.. Menu untuk makan tengahari pula ialah stimbot dan  nasi goreng. Semua makanan dibawa secara pot luck..daripada nasi lemak bungkus, bihun goreng, kuih muih - karipap, kuih sagu, kaswi, kuih bakar hinggalah ke ba...

bunga biru untuk kakak..

Image
nice cekak rambut for alya

breakfast betul..

Image
ni breakfast betul akiff....very happy face!!!

apam polka dot

Image
alya request apam polka dot untuk bawak balik asrama petang tadi..mulanya cam tak berapa nak buat sebab mixer rosak, takut tak jadi pulak..tapi at last buat jugak..color dah cantik tai tak berapa lembut sangat la..kena pakai mixer jugak..kalau nak manual juak, kena pukul telor lama skit.. Bahan-bahan ( 15-20 biji ) 3 biji telur sejuk-dr peti ais 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa pewarna Cara-cara Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang.. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas- Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer.. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot...

breakfast tipu..

7.15 pagi....otw ke sekolah.... Akiff :  mama... jomla breakfast... saya :   kan dah breakfast koko crunch + susu tadi.. Akiff :  yang tu breakfast tipu... Saya :  breakfast tipu?/? yang betul camna pulak... Akiff :  yang betul kat kedai uncle tuuu... Saya :  oooooooo...yang tu hari cuti bolehla dik..hari sabtu nanti yekkk Akiff :  alaa...........

tanya sama pokok

Image
Akiff favourite song...

Alya Goes To SAMTTAJ..

Image
Secara rasminya Alya sudah memulakan pelajaran dan tinggal di asrama bermula 5 Janauri 2011(khamis).  Macam tak percaya pulak yang anak dara saya itu sudah melangkah ke tingkatan 1...Seawal 7.30 pagi, kami sudah bertolak dari rumah.  Selesai menghantar aiman dan syamil ke sekolah manakala akiff pula ke nursery, perjalanan diteruskan menghala ke SAMTTAJ.. confuse ke tak sabar nak p sekolah nih.. syamil dengan songkoknya..harap-harap boleh pakai sampai hujung tahun yer.. Memandangkan hari masih awal, saya bercadang untuk bersarapan di masjid shah alam.  Sayangnya kafeteria masjid tidak dibuka. Jadi, perjalanan diteruskan ke arah seksyen 10 dan akhirnya Restoran Hartinie menjadi pilihan..pelbagai menu menyelerakan seperti lontong, mee goreng, mee/bihun sup. laksam, pulut kuning dsb tersedia..finally..laksam for me, pulut kuning + rendang ayam dan mee goreng for en.suami... Selesai makan, terus ke samttaj..dah ramai parents yg ada..sempat berbual dengan beberapa...

first day work @ 2012

Image
Lama betul rasanya saya bercuti awal tahun kali ini bagi menguruskan persekolahan anak-anak..bermula 31 disember 2011 sehingga 8 januari 2012..fuhhh..sampaikan setiap kali bangun pagi, saya mesti bertanya pada suami .."hari nih hari apa ?" Cam tak sabar pula nak masuk ofis..Heheh..semangat punya pasal, keluar rumah agak awal pagi tadi..dan berjaya sampai di punch card pukul 7.56 pagi..awal setengah jam tu (makluman: waktu kerja saya bermula 8.30 pagi - 5.30 petang).  Di atas meja sudah tersusun surat dan memo-memo sepanjang ketiadaan saya..dan juga sebuah diari baru untuk 2012..dan juga cenderahati tahun baru daripada Pengarah yang akan bertukar ke ibu pejabat atas kenaikan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah. p/s: kata PA..Boss sendiri yang buat nih..aduhh..terharu sungguh.. tqvm Boss..cya

welcome 2012...

Image
Bangun pagi ini dengan perasaan baru di tahun  baru..selamat datang 2012..moga tahun ini akan baik dari tahun-tahun sebelumnya..moga segala yang diimpikan dapat diraih..insyaallah... Sempat juga menikmati detik 12 malam diiringi dentuman bunga api yang indah daripada pelbagai arah..moga 2012 juga akan seindah itu!