first day work @ 2012
Lama betul rasanya saya bercuti awal tahun kali ini bagi menguruskan persekolahan anak-anak..bermula 31 disember 2011 sehingga 8 januari 2012..fuhhh..sampaikan setiap kali bangun pagi, saya mesti bertanya pada suami .."hari nih hari apa ?" Cam tak sabar pula nak masuk ofis..Heheh..semangat punya pasal, keluar rumah agak awal pagi tadi..dan berjaya sampai di punch card pukul 7.56 pagi..awal setengah jam tu (makluman: waktu kerja saya bermula 8.30 pagi - 5.30 petang). Di atas meja sudah tersusun surat dan memo-memo sepanjang ketiadaan saya..dan juga sebuah diari baru untuk 2012..dan juga cenderahati tahun baru daripada Pengarah yang akan bertukar ke ibu pejabat atas kenaikan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah.
p/s: kata PA..Boss sendiri yang buat nih..aduhh..terharu sungguh.. tqvm Boss..cya |
Comments