apam polka dot

alya request apam polka dot untuk bawak balik asrama petang tadi..mulanya cam tak berapa nak buat sebab mixer rosak, takut tak jadi pulak..tapi at last buat jugak..color dah cantik tai tak berapa lembut sangat la..kena pakai mixer jugak..kalau nak manual juak, kena pukul telor lama skit..



Bahan-bahan ( 15-20 biji )
  • 3 biji telur sejuk-dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
  • pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
  6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
  7. *Cara sendiri-pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder... 

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..