Alya Goes To SAMTTAJ..

Secara rasminya Alya sudah memulakan pelajaran dan tinggal di asrama bermula 5 Janauri 2011(khamis).  Macam tak percaya pulak yang anak dara saya itu sudah melangkah ke tingkatan 1...Seawal 7.30 pagi, kami sudah bertolak dari rumah.  Selesai menghantar aiman dan syamil ke sekolah manakala akiff pula ke nursery, perjalanan diteruskan menghala ke SAMTTAJ..
confuse ke tak sabar nak p sekolah nih..
syamil dengan songkoknya..harap-harap boleh pakai sampai hujung tahun yer..
Memandangkan hari masih awal, saya bercadang untuk bersarapan di masjid shah alam.  Sayangnya kafeteria masjid tidak dibuka. Jadi, perjalanan diteruskan ke arah seksyen 10 dan akhirnya Restoran Hartinie menjadi pilihan..pelbagai menu menyelerakan seperti lontong, mee goreng, mee/bihun sup. laksam, pulut kuning dsb tersedia..finally..laksam for me, pulut kuning + rendang ayam dan mee goreng for en.suami...

Selesai makan, terus ke samttaj..dah ramai parents yg ada..sempat berbual dengan beberapa parents yang turut menghantar anak masing-masing..rasanya umur pun lebih kurang saya dan suami..kebanyakannya anak sulung sama spt alya..sempat jugak snap a few photos..
boleh nampak masjid shah alam dari sini...
 puteri-puteri samttaj..
sempat melawat ke dewan makan puteri samttaj....
nampak kemas dan bersih...
abah yang teruja...boleh nampak masjid jugak dari sini....i like..
suasana dalam dewan semasa taklimat oleh pengetua, pk hem dan pk kokurikulum..ketiga-tiganya sama spesis dgn saya..mmmm..lelaki makin pupuskah??
tuan puteri katil pink!
putera samttaj yang banyak membantu pembelian barang-barang alya di kedai koperasi..muka cam pak su la kan..
cadar pink yang terlebih terang..tak kisahlah..
asal pink bolehla kan..
Urusan pendaftaran sekolah dan asrama  serta taklimat selesai pada tengahari..Kami tinggalkan sekolah dan menikmati makan tengahari di Lontong Klang, Seksyen 7.  Balik ke rumah sekejap untuk solat dan menyelesaikan urusan lain.Petangnya kembali semula ke  sekolah dan menguruskan pembelian buku-buku tulis, buku kerja dan sebagainya.  Urusan selesai menjelang pukul 6 ptg. Harapan saya moga-moga segalanya dipermudahkan bagi alya sepanjang persekolahan di sini..aminn

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..