itik salai kuala pilah

Ini kali pertama saya membeli itik salai di Kuala Pilah.... Saya cuma ambil separuh sahaja , harganya RM 25..  mm..seekor tentulah RM50 kan..agak mahal juga..tak pe lah..sesekali kan...

itik salai bergantungan...pilih oo pilih...
dah siap dipotong..menunggu waku masuk ke periuk..
masak lemak cili api siap..
Sampai je di rumah, terus google resepi itik salai..jumpa kat sini ww.kakinakl.com...mohon share yer k.ina..(dengan ubahsuai mengikut  citarasa sendiri)

Bahan-bahan:
1/2 ekor itik 
batang serai
santan pekat
air
asam keping
daun kunyit
ubi kentang-potong 6 
garam  
10  biji cili api-kalau nak pedas boleh tambah lagi 
kunyit hidup 
halia

Cara-cara:
- Tumbuk lumat cili api bersama bahan lain dan masukkan bersama-sama itik tadi.
- Titikan hujung serai dan masukkan kedalam periuk.
- Masukkan santan pekat dan air dan hidupkan api sederhana dan kacau sehingga santan mendidih.
- Bila mendidih, masukkan pula ubi kentang dan tunggu sehingga ubi kentang empuk.
- Bila empuk perisakan dengan garam dan masukkan daun kunyit.
- Biarkan sebentar dan barulah dipadamkan api

Hasilnya..memang tidak mengecewakan..lebih sedap berbanding ayam....memang sedaplah....ERBAEKKKKK.....BOLEH BELI LAGI...

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..