21 ramadan 1441H/14 mei 2020

alhamdulillah...hari ini sudah  21 berpuasa..puasa kali ini banyak kelainannya berbanding tahun-tahun sebelum ini..yang paling ketara, ramadan kali ini tidak perlu bersesak menempuh jem tiap kali balik dari kerja..almaklumlah semenjak 18 mac 2020, ke pejabat sudah tidak relevan lagi akibat penularan covid 19..banyak sektor terjejas akibat pandemik covid 19 ini..peniaga tidak dapt berniaga..kilang juga tidak dibuka..pejabat-pejabat ditutup..sekatan jalan diadakan bagi mengawal pergerakan..bagi sektor awam, kerja hanya perlu dilakukan dari rumah..work from home...semua ini dilakukan bagi memutuskan rangkaian penularan virus yang amat bahaya ini..jumlah kes kesluruhan telah menjangkau ke 6779 kes dengan 111 kematian..


sehingga hari ini fasa kelima sedang berjalan..untuk rekod berikut ialah  fasa pkp yang telah dilalui sebelum ini..
fasa 2: 1 april hingga 14 april 2020
fasa 3: 15 april hingga 28 april 2020
fasa 4: 29 april hingga 12 mei 2020
fasa 5: 13 mei hingga 9 jun 2020

semoga covid 19 ini akan cepat berakhir..tak sabar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti normal seperti sebelum ini..

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..