Roti Babu Warisan @ Slim River

Akhirnya tercapai juga hasrat mencari Roti Babu di Slim River. Sebenarnya dah agak lama saya suha roti nih semenjak tersiar di dalam Majalah Islam, TV Alhijrah tahun lepas..Semasa bercuti di Ipoh tahun lepas, kami singgah juga ke Slim River mencari roti ini tetapi tidak ketemu. Jadi semasa dalam perjalanan balik dari Kedah tempohari kami masuk lagi ke Slim River. Berpandukan catatan-catatan di internet, saya dapati kilang roti babu itu terletak berdekatan Pasar Slim River. Namun untuk mengesahkannya, saya bertanya dengan seorang tukang sapu sampah di hadapan pasar.
Katanya, cik lalu jalan depan nih..terus...belok kanan..lepas tu belok kiri..kedai yang hujung tu..
Saya pun apalagi terus berterima kasih dan masuk ke kereta memberitahu suami sebagaimana yang diberitahu.  Kami mengikut arah jalan yang diberikan tetapi tidak berjumpa dengan yang sepatutnya.

Lalu, saya mengambil keputusan untuk bertanya pada tuan kedai runcit di deretan kedai berkenaan. Beliau sangat baik hati..terus mengajak saya ke luar kedai dan menunjukkan arah yang sebenar..Dekat saja sebenarnya..sepatutnya saya memasuki lorong kecil yang terletak betul-betul di sebelah pasar. Rupanya kilang roti tersebut hanya di situ..hanya agak terlindung dengan pokok-pokok di tepi laluan tersebut..betul-betul berhadapan dengan beberapa unit rumah kuarters lama.

Nasib kami agak baik kerana datang pada hari AHAD. Untuk pengetahuan kilang ini ditutup pada hari JUMAAT. Dapatlah saya membeli beberapa jenis roti seperti roti kaya, roti kacang, roti krim dan roti manis. Roti Babu (benggali) yang seketul tu dah habis..Nampak gayanya kena pergi lagi lar..Rasanya..bagi saya memang sedap..lain daripada roti Gardenia..Massimo etc..ianya berjaya membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak saya..

Comments

aa said…
best kan..i teruja betul tengok tempat dia..
abrah1 said…
Salam. I mmg bercita2 nak pergi..tolong la bagi no fon dia..tadi x sempat nak copy masa masuk tv..hu hu hu..nafisah

Tak pun cer suggest..kul brapa dia buka jualan di kilang ni..or waktu yg sesuai kita dtg nak tgk..tq
aa said…
hari jumaat je tutup...i pegi dlm pkl 11 camtu..
Unknown said…
better jam 12 tghari ... cz bbun yg lain pun da masak .... mmg sedap makan kat ctu ... buat la kopi skli ... pergghh ..
Unknown said…
no hp dia 016 5186200 .. sblm gi sya selalu call dulu ... ade petron sblhnya pasar so klu hari minggu tak bleh masuk ade pasar pagi ..slps jam 12 ok ...
aa said…
en. yuseri...nih no owner tu yek..tqsm
Unknown said…
yeaappp ... abg Mokhtar ............ :)

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..