petronas youngstars day 2017...
* ini merupakan entry yang dah lama terperap..huhu ..
semalam bawak alya ke petronas youngstars day di kdu college glenmarie...seawal 7.30 dah ramai rupanya yang dah sampai..kedatangan terus disambut oleh volunteers yang menunjukkan arah ke mana tempat taklimat ibu bapa dan juga ke mana calon harus pergi untuk mendaftar..saya terus ke
hall 6 untuk mendengar taklimat..
kolej kdu..cantik tempat nih.. |
sementara menunggu majlis bermula, ibu bapa dihidangkan dengan tayangan video mengenai petronas dan iklan-iklan petronas yang sangat menggamit memori dan terus membuai perasaan..
seterusnya majlis taklimat dmulakan dengan nyanyian lagu negaraku..wow..hati saya berdetik...sangat patriotik! kemudian diteruskan dengan bacaan doa..seterusnya sesi taklimat oleh wakil petronas berkenaan syarikat petronas sendiri dan pakej sponsorship kepada mereka-mereka yang akan ditawarkan..banyak maklumat dan ilmu baru yang saya dapat di sini..alhamdulillah...pengalaman baru bagi saya juga..

bidang-bidang yang ditawarkan meliputi teknikal dan bukan teknikal.. |
pakej sponsorship..memang sangat menarik..memang bertuah sangat bagi yang terpilih... |
selesai taklimat, tetamu yang hadir dijemput menikmati juadah sarapan yang telah disediakan sementara menantikan anak-anak yang sedang menghadapi sesi penilaian 1..calon-calon yang berjaya melepasi ujian penilaian 1 seterusnya akan melangkah ke sesi penilaian 2 pula..
keputusan bagi yang berjaya telahpun dikeluarkan bermula 17 mei 2017..alya tersenarai dalam senarai menunggu.. kalau ada rezeki ada lah...insyaallah...
alhamdulillah..alya berjaya melepasi sesi penilaian 1 dan seterusnya ke sesi penilaian 2..sesi penilaian 2 yang melibatkan tugasan berkumpulan hanya selesai hampir pukul 5 petang.. |
Comments