raya kampung..tidur hotel..
musim raya baru nih kecoh pulak di suratkhabar pasal balik raya di kampung tapi tidur di hotel...wahhhh..kecoh la...dulu-dulu mungkin tak pernah ada ataupun jarang dengar sebab hotel pun tak banyak..nak tak nak kenala tidur beramai-ramai di kampung..selesa tak selesa belakang kira..tapi sekarang kan dah makan maju..pesat membangun..hotel pun dah banyak..hatta di pekan-pekan kecik sekalipun..dah tersedia hotel..chalet..homestay..jadi lebih senanglah buat pilihan..
pendapat peribadi saya..tak salah pun kalau nak tidur di hotel kalau memang tak ada pilihan lain..ya la..bila balik kampung time raya nih ramai sanak saudara kan..rumah kampung bukannya ada banyak bilik..lain la kalau memang ada sedia bilik sorang satu family...nih tak ada..lagi la kalau saudara ramai...anak menantu cucu semua ada...time tidur nak tak nak kena la tidur ramai-ramai..time nak solat ke...tukar baju ke..mandi ke..time p rumah kecik ke...kena ambil giliran...jenuh menunggu...jadi penyelesaiannya kalau ada rezeki lebih tu..dok je la hotel..lagi-lagi pula kalau ada anak perempuan dah besar..kena la jaga..aurat isteri pun sama juga...kena jaga...kalau tak kesian la sang isteri terpaksa tidur bertudung sepanjang malam....
Comments