puasa tahun ini...
bulan puasa tahun ini agak selesa sebab kakitangan kerajaan dapat kelonggaran balik lebih awal dari biasa..kalau masuk ofis pukul 7.30 boleh balik pukul 4..kalau masuk pukul 8 boleh balik pukul 4.30..dan kalau masuk pukul 8.30 boleh balik pukul 5..saya masuk ofis pukul 8 pagi dan balik pada pukul 4.30 petang..biasanya saya akan tiba di rumah lebih kurang pukul 5.15 - 5.30 petang..jadinya saya ada lebih masa untuk berehat seketika sebelum mula memasak..setakat ini juadah utama masih homemade cooking..kalau ada add on pun cuma murtabak..kuih-kuih lain belum pernah dibeli lagi..dan saya juga belum pergi lagi ke mana-mana bazar ramadan pun..tak sukar memasak cuma agak pening memikirkan menu untuk dimasak untuk semua orang memandangkan akiff juga mula berpuasa penuh tahun ini..kesian pulak kalau masak simple sangat..
gambar sekadar hiasan..berbuka di luar bukanlah pilihan saya buat masa sekarang..rasanya tak sanggup nak beratur panjang megambil makanan dan makan dalam keadaan agak tergesa-gesa mengejar waktu..lagi pula saya bukanlah jenis boleh makan pelbagai makanan dalam waktu yang agak singkat..macam rugi dan membazir pulak bayar mahal-mahal.. |
Comments