musim jerebu..

Rasanya cam dah lamaaaa sangat jerebu nih...dah hampir sebulan kot...sekolah pun dah 3 kali tutup nih..mula-mula tutup sehari je pada 15 september tu...lepas tu tutup lagi sehari 28 september..kali nih tutup dua hari plak 5 dan 6 oktober...budak-budak nampak seronok je nih bila cuti...tapi aiman sorang je yang paling tak seronok ..hihi..apa nak buat kan...nampaknya keadaan tidak bertambah baik dari sehari ke sehari..makin teruk adalah..kesian pada mereka-mereka yang menghadapi masalah sesak nafas dan sebagainya yang tak dapat bertahan dengan keadaan berjerebu nih..harap-harap keadaan akan jadi bertambah baik...nih antara pemandangan semasa musim jerebu yang sempat saya snap dalam perjalanan nak ke ofis..nampak putihhhhhhh ja...rasa cam dok obersea plak..tapi tak sejuk..hahaha

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..