Akad Nikah dan Resepsi @ Bora Ombak..

Jumaat lepas saya menghadiri majlis akad nikah dan resepsi anak buah di Bora Ombak, Ampang...first time saya ke sini sebenarnya...majlis akad nikah diadakan sebelah pagi manakala resepsinya pada malam hari..bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi..dalam perjalanan hujan dan jalan agak sesak...singgah di Dataran Merdeka sekejap untuk ke tandas..dan seterusnya hanya sampai di sana lebih kurang pukul 10.30 pagi..kebetulan tok imam lewat sikit..sempatlah tengok acara akad nikah..selesai nikah dan makan-makan lebih kurang pukul 12 tengahari saya dan keluarga balik ke rumah sementara menunggu majlis pada malam hari..hanya bertolak ke sana semula selepas waktu maghrib..alhamdulillah jalan okay..sampai lebih kurang pukul 8.45 malam..ramai juga saudara mara dari Johor datang khas untuk majlis ini..malam okay la tempat nih..cantik dengan lampu-lampu bergemerlapan..memang nampak romantis..
majlis akad nikah dijalankan di sini..agak selesa tak ramai orang..hanya saudara mara terdekat sahaja..
pengantin perempuan berdebar di pelamin bersama ibu..
bersama biras..kebetulan baju kaler sama..
pengantin yang ceria...
sebahagian saudara dari Johor bersama cik suami.....
sebahagian tempat makan...
sama...

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..