Oh My Gigi...

Hujung minggu lepas tetiba saya diserang sakit gigi..rasanya sakit yang paling sakit di dunia nih sakit gigi lah..sakit bersalin tu sakit jugak..tapi boleh tahan lagi dan lepas baby keluar tu dah tak rasa sakit dah...hilang terus camtu jer....tapi sakit gigi nih..hmmm..buat semua benda jadi tak kena..rasa cam nak marahhhh je kat semua orang...jadinya nak tak nak kena la buat lawatan ke klinik gigi..saya nih dah la fobia sangat nak jumpa doktor gigi..agaknya sebab pengalaman-pengalaman pahit dulu tuh yang masih tak terlupa..tu yang asyik fobia je bila sebut kena jumpa doktor gigi..nasib baiklah anak-anak tak mewarisi perangai buruk saya nih...

Jadinya awal-awal pagi selepas hantar budak sekolah saya terus ke Klinik Pergigian Seksyen 7..hari rawatan gigi untuk dewasa ialah setiap pagi isnin hingga khamis..datang terus amik nombor dan tunggu..tak sampai 15 minit rasanya nombor saya dah naik..terus masuk ke bilik no 4...cantik doktor gigi perempuan tuh..cakap pun lembut jer..rasa cam lain kali nak booking doktor nih jugaklah..sambil doktor check gigi, nurse pula buat catatan di kad..yang aku dengar..sound..filing..missing..karies...extract..tak faham pun...tak pa..nanti kita cari apa maknayanya..sambung balik rawatan gigi..kemudian doktor pun bagitahulah yang ada gigi nak kena tampal dan ada gigi nak kena cabut..doktor cadangkan buat scaling (cuci gigi) dulu...lepas nih datang lagi untuk tampal dan seterusnya cabut gigi yang tak boleh diselamatkan....sedeyyyy..terus buat scaling dulu..ngilu betul dengar bunyi berdesing tu..tahannnn je lar...sapa suruh takut sangat nak jumpa doktor gigi kannnn...

Balik ofis terus google maksud terma-terma yang doktor sebut tadi..saya berjaya jumpa di sun3tpini.blogspot.com....

1. Sound = Gigi sihat/ok
2. Karies = Gigi perlukan rawatan kerana berlubang
3. Missing = Gigi hilang/telah dicabut
4. Extraction = Gigi perlu dicabut
5. Filling = Gigi ada tampalan
cantiknyaa gigi ...jelesnyaaa makkkkk...makanya rajin-rajinlah jumpa doktor gigi dan buat rawatan gigi..sekurang-kurangnya setahun sekali...pesanan ikhlas untuk diri sendiri;)




Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..