Kuah Rojak Pak Ali..

Masa balik dari Kedah tempohari sempat singgah beli Jeruk Pak Ali di Seberang Jaya..terus beli kuah rojak nih sekali..sedap sangat rupanyaaaa...kenapalah tak pernah beli sebelum nih haaa..dah sekarang pantang keluar je mesti beli apa-apa untuk cicah kuah rojak..sengkuang la..timun la..mangga la..memang sedap sangat-sangatlah...ada rasa pedas-pedas campur manis-manis yang sangat ngam..walaupun tengah makan tu sok sek sok sek sebab tahan pedas..tapi tak boleh nak berhenti makan..
nih semalam punya..lupa pulak nak beli nenas ke jambu ke..tapi ini pun boleh jee..
tengok baik-baik..ini akan menjadi barang wajib ada di dapur..

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..