Glass Jar For Door Gift..

Berpandukan banyak cadangan di goggle, saya berjaya memujuk husband mencari kedai menjual glass jar, Quality Pack di Puchong..walaupun pagi sabtu tu masih hujan sejak semalam, saya tetap bulatkan tekad dan niat mencari glass jar berkenaan..nasibla..hujan pun hujanla..jangan banjir cukup...
air sungai damansara telah melimpah ke laluan motor..



Walaupun berpusing-pusing beberapa kali mencari kedai, akhirnya saya berjaya juga sampai..yeyyyy..terus tengok glass jar yang ada..dan terus ambil 4 kotak ..setiap kotak ada 60 biji..jadi jumlah semuanya 240 biji..harga untuk setiap biji dengan penutup warna gold hanyalah RM 0.695..murah kan..
inilah antara contoh glass jar yang sesuai dijadikan cenderhati..saya ambil saiz yang kedua tu..
Lepas siap beli glass jar, saya nampak pulak kedai nih..masih dalam deretan kedai yang sama..wahhh..ini sudah bagus...
macam-macam ada..pelbagai jenis makanan..kekacang..gula-gula..dijual secara borong..
ada jugak dalam balang camni..boleh je terus guna..
pelbagai keropok/jajan..
keropok popo yang saya suka tu pun ada...
pelbagai gula-gula..
nak chewing gum ke..lolipop ke...mashmallow ka..semua ada..
Memang bestlah kedai nih..tokey kedai tu siap boleh tolong calculatekan banyak mana/berapa tin  yang perlu kalau kita nak beli biskut tin tu untuk repack dalam glass jar tu..kan senang keje tu..tak payah susah-susah kira sendiri..satu lagi dah jimat masa..tak perlu lagi pergi cari di tempat lain..cuma kena sediakan cash banyak-banyaklah..sebab dia tak terima kredit kad..dan paling sesuai pergi sini pagi sabtu..sebabnya kalau tengahari/petang ataupun ahad, ramai penjaja aiskrim dan makanan ringan akan datang..jadi tokey tak dapat nak layan kita sangat..

Comments

Unknown said…
Salam. Nak tanya. Kat mana ye kdai jual jajan tu?
aa said…
wsalam...kedai jajan nih sebelah atau selang sebuah je dari kedai quality pack nih..
Unknown said…
Hi, boleh tanya dimana kedai glass jar itu ya?

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..