Tengok Wayang

Kelakar bila diingatkan ada opismate suami tak boleh terima bila dia tahu kami (suami dan saya) tak pernah tengok wayang bersama...hahaha..memang pun..tak pernah sekalipun kami tengok wayang..baik semasa zaman bercinta..bertunang..mahupun selepas berkahwin dan ada anak 4..waktu bercinta dulu biasanya keluar makan..lepas tu hantar balik,,habis..dah kahwin pula biasa keluar jalan-jalan..shopping..anak-anak ada jugak pernah ajak tengok wayang bila sesekali ke Aeon Bukit Raja...tapi selalunya bila time tu tengok tak ada pulak cerita yang menarik dan sesuai untuk tengok dengan family..jadi tak adalah tengok wayang..
Seingat saya, ada la 2 kali saya  tengok wayang..kedua-duanya  semasa saya belajar di UTM Skudai..sekali masa saya tahun 4.. masa tu ada buat kajiselidik (survey) di Segamat...since kumpulan saya (Ja, Lia dan Liz) siap kerja awal, kami tak ada idea nak buat apa..nak habiskan masa jadi pergilah tengok wayang..hahahaha..saya ingat lagi filem yang kami tengok tu...filem  'Kad Cinta'..lakonan Hairie Othman dan Nasha Aziz..sekali lagi pulak tengok wayang di JB..ceritanya 'Nutty Professor'..masa nih pergi beramai-ramai dengan kawan-kawan...kalau tak silap masa tu abis final exam..itu je lah pengalaman saya tengok wayang..entahlah saya takde berminat sangat nak tengok wayang nih..takde excited pun nak tengok movie baru ke apa.....saya lagiiiii suka kalau pergi makan..hahaha

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..