Penkek Gebussss Gebasss
Malam tadi Syamil request nak makan penkek untuk breakfast...bukan senang budak sorang nih nak makan..jadinya messsti kena buat walau camna pun....sedar-sedar pagi tadi dah pukul enam..kelam kabut la bangun..mandi...solat subuh..terus ke dapur buat bancuhan penkek....hasilnya..walllaaaa...memang tersangat sedap....lembutttt... (walaupun agak terrrrgelap sikit..)
Bahan dan Caranya:
1 biji telur (dipukul dengan garfu)
3 sudu gula pasir
3 sudu mentega/majerin (dicairkan)
1 cawan susu (tak kiralah susu cair ke, fresh milk ke, susu dutch lady pun boleh)
campur kesemua bahan ...
kemudian masukkan...
1 cawan tepung naik sendiri (kalau tak ada, guna tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonat)
kacau sebati....
kalau adunan masih berketul-ketul, jangan risau..amik penapis dan tapis...adunan akan jadi halusss...
kemudian sendukkan bancuhan dan tuang atas kuali leper..
tunggu sehingga adunan masak (bahagian atas dah cam kering)..
terbalikkan sekejap...dan angkat..
siappp..
bolehlah dimakan bersama kaya, madu,coklat, aiskrim atau pun makan camtu jer..
Comments