Tiga Belas Hari ..

Insyaallah hari ini adalah hari ke tiga belas kita berpuasa.. rasanya saya telah berjaya mengawal rutin seharian saya..walaupun saban hari masih lagi jemmm yang nampak gaya tiada akhirnya di tempat-tempat yang biasa seperti di batu tiga....tapi saya telah bersedia..untuk minggu ini saya telah fikirkan menu berbuka puasa awal-awal lagi..jadinya..taklah kelam kabut bila sampai rumah..sehingga ke hari ini juga main dish tetap home made!!
semalam saya masak nasi lemak + sambal ikan bilis + telur rebus + sayur bendi (timun lupa beli, nak gak sayur hijau..buatlah sayur bendi..) dan ada tambahan pizza tuna homemade jugak..
rabu.. masak mee sup + beli roti john
selasa...kuetiaw goreng + beli murtabak 
isnin..saya el sebab akiff demam..masak spesel sikit nasi putih + sambal sotong + ayam percik..
hari ni saya cadang nak buat mee goreng..

Comments

Popular posts from this blog

musim cempedak..

tips nak buat dapur ..