Terlajak Sahur...

Setiap malam saya akan bangun masak dan makan sahur dengan suami dan anak-anak..biasanya menu sahur adalah yang ringkas sahaja dan tidak pedas seperti daging masak kicap..ayam masak kicap..ayam masak halia..telur dadar..telur masin..ikan pekasam..sup kentang..udang goreng.. .Biasanya saya akan bangun pada pukul 4.30 pagi..terus masak nasi dan masak lauk..tapi nak jadi cerita..pagi tadi..bila saya bangun dan pergi dapur....tengok jam dah pukul 5 pagi!!!! Nasi belum masak lagi..kelam kabut la saya..aiman dah pesan suruh buat masak asam ikan merah kedah sstyle...fuhh...memasak sepantas kilat..heheh..akhirnya tepat pukul 5.30 alhamdulilah dapat makan nasi dan masak asam ikan merah ditemani serunding daging kg laut dan sambal belimbing hitam.......
Sebolehnya..
 saya tidak ingin meremehkan bersahur apabila mengingati ...

Sabda Nabi SAW..
"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan".. 
Hadis Riwayat Bukhari

"Perbezaan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur"
Hadis Riwayar At Tirmizi

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..