Bunga Tiga Bulan @ Siti Zubaidah....

Pokok Bunga Tiga Bulan adalah daripada spesies Hydrangea yang berasal dari Jepun..di Malaysia pokok ini juga dikenali sebagai pokok bunga Siti Zubaidah..pokok renek ini biasa tumbuh setinggi 1 - 3 meter..bunganya berwarna putih atau boleh jadi biru ke ungu ke merah bergantung kepada ph tanah..dalam tanah yang lebih berasid, bunganya akan berwarna biru..manakala tanah beralkali akan menghasilkan bunga merah muda..namun jenis bunga putih tidak akan bertukar warna..
pokok ni saya beli semasa balik kampung waktu cuti sekolah di bukit gambir ..harga rm10...sengaja saya pilih yang dah ada putik bunga..takde lah lama sangat tunggu nak berbunga..heheh
selepas hampir satu bulan setengah saya tengok bunga-bunga kecil mula berkembang...
makin hari makin banyak...gumbiranyaaaa..bak kata budak-budak sekarang...dalam hati ada taman...huhu
nih paling latest..semua dah kembang dan bertukar warna kemerah-merahan..subhanallah..indahnya ciptaanNYA...

Saya ada terbaca somewhere cara untuk mengawal warna bunga ialah dengan menambah kapur atau aluminium sulfat bagi mengubah tahap keasidan di sekitar tumbuhan..selain itu bunga-bunga ini juga boleh memiliki warna-warna pelangi jika Na2CO3 ditambah di dalam tanahnya..nampak gayanya nak kena cuba nih..mana tahu kalau menjadi kan..

Comments

Popular posts from this blog

tips nak buat dapur ..

Taman Tasik Cyberjaya..