Majlis Konvo Adik Bongsu...
Alhamdulillah..adik bongsu berjaya menamatkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darul Aman..mula belajar tahun 2008 dan berakhir 2013..dan telah pun selamat mula bertugas di SK La Salle 1, Sentul semenjak April 2014..sabtu lepas saya dan keluarga sama-sama meraikan hari bersejarah beliau di IPG Bahasa Melayu di Lembah Pantai...
Sejak kecik, saya biasa memanggilnya 'adik' hinggalah sekarang walau sudah menjadi orang bujang dan bakal menjadi suami orang penghujung tahun ini..memandangkan dia lahir semasa saya sudahpun belajar di asrama, maka tidak banyak masa saya dihabiskan bersamanya di rumah melainkan masa-masa cuti persekolahan..seingat saya semasa saya menyambung pengajian di Skudai, dia baru berusia 4 tahun...sedar-sedar dia sudah melepasi UPSR.. PMR.. SPM...dengan semua keputusan yang tidak pernah mengecewakan sesiapa...
Tahniah adik...wish u all the best!!!!!
Comments